Masyuk

Isnin, 3 Januari 2011

Mana Nak Cari Minyak Masak Nih?





Hangin dibuat nya aku dua hari puas mencari minyak kat Kuala Lumpur ni. Semalam mak cik Jenab pergi Chow Kit mencari minyak dapatlah 2 paket itupun dengan harga RM3.50 seorang boleh beli 2 paket jer kalau korang nak cari pergi kat belakang panggung wayang Odeon lama tu kat dalam Chow Kit tu tak payah lah korang carik buat penat badan jer wey. Hari ini pulak aku pergi repeat lagi ke sana pergi 3 orang dapatlah 6 paket. Lepas balik dari Chow Kit kitaorang terus gerak mencarik minyak sampai ke Batu Caves tapi hampa semua kedai cakap tak ada minyak. Jumpa pulak minyak botol yang 3 kilo tu RM24 ringgit disebabkan mak cik Jenab berniaga goreng pisang kat Wangsa Maju sebelah balai polis tu terpaksalah beli juga kalau tidak tak boleh berniagalah mak cik Jenab wey. Aku pun tak faham kenapa stok Minyak tak ada aku rasa peniaga ni memang pandai mungkin depa dah tau kot minyak nak naik harga terus depa sorok yang menjadi mangsa pengguna yang memerlukan.


p/s - kalau tau minyak masak ada jual kat mana jangan lupa roger aku wey....



5 comments:

MakMonas berkata...Best Blogger Tips

hah? msia dah tadak minyak goreng? bia betik weiiiiiiiiiii

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

kecian mak cik kamu tu..camner nak berniaga goreng pisang kalau tak ada minyak..semlm pun penat firdaus cari baru jumpa.

shazmonaz berkata...Best Blogger Tips

kukus je ..

LiLohOnEy berkata...Best Blogger Tips

susahla kalau mcm tu kn?

yg berniaga mesti sakit, mmg ah terasa kenaikan hg brg2 nih.

btw;

salam kenal dr jiran rumah 80 di bloglarian :)

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

tau xper memang payah nak berniaga