Salam semua, minggu ni aku agak sibuk sedikit dengan aktiviti yang dijalankan iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya yang diadakan di Kampung Puah Lembah. Lebih kurang seminggu juga orang-orang di KPL mengadakan persiapan Program tersebut secara bergotong-royong yang sememangnya telah menjadi amalan di Kampung Puah Lembah ini. Segala persiapan disediakan oleh orang-orang kampung tanpa rasa penat dan lelah. Hari Khamis selepas balik kerja aku terus tolong membantu di rumah ketua kampung menyediakan makanan untuk orang berkerja pada hari Jumaatnya antaranya adalah menyiapkan kuih kaswi, kuih apam, sambal tumis dan pelbagai lagi juadah yang bakal disediakan.

p/s - korang baca tak suratkhabar SINAR orang cakap muka aku aku keluarkan surat khabar tu aku pun tak tau yer ker idak. tah tah cenonit jer gambar aku tu.
0 comments:
Catat Ulasan