Masyuk

Jumaat, 25 Mac 2011

Adat Berkampung



Salam semua, Korang pernah ker mendengar adat berkampung ni? Kebiasaan adat berkampung ni dipanggil juga "mendudukkan orang" atau dengan erti kata lain adalah memberi tugas kepada sanak saudara apabila ada kenduri yang bakal diadakan terutamanya kenduri perkahwinan. Malam minggu lepas rumah mak cik jenab yang aku duduk sekarang ada membuat adat berkampung ni kerana salah seorang anak mak cik jenab bakal berkahwin pada minggu hadapan. Setiap yang hadir diberikan tugas-tugas untuk berkerja dari hari Jumaat sehinggalah pada hari Ahad dan kebiasaannya pada hari mendudukkan orang ini sanak saudara bakal memberi bantuan kepada ahli keluarga yang bakal mengadakan majlis perkahwinan antaranya adalah wang tunai, barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Suasana ketika majlis sedang berlangsung.


Tukang tulis para pekerja dengan tugas-tugasannya.


Tuan rumah akan mengadakan sedikit jamuan untuk para tetamu.



Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing.
Hidup berakal, Mati beriman



2 comments:

Sharinginfoz berkata...Best Blogger Tips

memang bagus suasana macam ini tapi sesetengah kampung adat seperti ini semakin pupus

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

MEMANG SEMAKIN PUPUS ADAT CAM NI KAT KL NIH