Masyuk

Rabu, 6 April 2011

Bolek Godang



Salam berhujung minggu semua, Minggu lepas anak mak cik jenab kahwin oleh yang demikian den pun sibuk sikit tak nyompat nak update blog picisan aku ni. Den cumo ajak Kak Ina KL jer sebab rumah dia dekat dengan kau yang lain-lain aku tak jemput minta maaf yer semua lagipun bukan aku yang kahwen kalau aku yang kahwen dah tentu aku jemput semua member-member blog. Insyaallah turn aku tahun depan pula kalau diizinkan oleh Allah S.W.T. Macam biasalah kalau kenduri rumah Mak Cik Jenab dah tentu la buat rewang tak mainlah katering-katering ni tak meriah katanya. Sibuk tu memanglah sibuk dari hari Khamis orang dah ramai datang rumah membantu untuk menyediakan barang-barang memasak. Aku mula cuti pula hari Jumaat ikutkan hati aku malas nak bercuti tapi karang macam-macam pulak orang cakapkan.



Antara menu utama adalah Rendang Daging sebanyak 100kg daging lembu disediakan memang beli daging beku jer sebabnya ramai orang yang agak veteran tak boleh makan daging baru kang ramai pulak yang tumbang lepas balik kenduri, aku buat kerja apa yang patutlah.


Sabtu malam minggu ada majlis berinai kecil tapi aku tak ada sebab ada mesyuarat di Kampung Puah Lembah aku lari jap memang agak sibuk la pada hari tersebut.


Sewaktu pengantin sedang tukar-tukar baju mak cik jenab agak keletihan pada malam itu.


Hari Minggu pulak majlis berinai besar ataupun hari langsung keluarga sebelah kami memakai baju warna unggu.


Pengantin bersama orang tua nya.


Bergambar bersama keluarga terdekat.




Bolek Godang - Kenduri kahwin yang disebut oleh masyarakat ocu Bangkinang.



2 comments:

phreak-id berkata...Best Blogger Tips

masyarakat ocu Bangkinang? Area apa tuh?

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

ocu bangkinang adalah masyarakat di daerah Kampar, Indonesia
berasal dari riau...