Masyuk

Khamis, 12 Mei 2011

Facial Di Malacca Spa - Taman Sri Rampai







Salam semua, hari Isnin selepas waktu kerja aku dengan member aku pergi buat facial di Malacca spa yang terletak di Tmn Sri Rampai. Sebenarnya ini adalah kali ke dua aku ke Malacca Spa ni tapi yang pertama pun tahun lepas. Sebelum-sebelum ni rajin la aku pergi ke BML Wangsa Maju buat rawatan resdung tapi kali ni aku saja jer buat facial muka bukan nak buat kasi putih pun cuma nak hilangkan minyak kat muka aku ni jer. Berbaloi aku rasa buat facial kat sini dengan harga cuma RM59 untuk facial + ear candling. Selain itu di Malacca Spa ni pun ada juga buat urut tradisional. Kalau korang berminat boleh la pergi ke Malacca Spa dialamat di bawah ni.

Malacca Spa Wellness Beauty Centre & Unisex Salon
No 8-1-2, First Floor,
Blok A4, Megan Setapak Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
03-41431596 or 019-2210799.


Owner Malacca Spa yang sangat ramah.


Senarai harga pakej yang korang boleh pilih.


Ear candling rasa cam korang goreng ikan jer kat dalam telinga korang wey.


Cam biasalah dapat la minum air teh "o" tapi bukan teh halia.









0 comments: