Masyuk

Selasa, 5 Julai 2011

Tempahan Biskut Raya






Salam semua, korang tengok tajuk mesti cakap awalnya aku dah mula membuat tempahan biskut raya. Sebenarnya bukan aku yang dah mula mengambil tempahan biskut raya ni. Aku tengok kat opis aku dah mula orang bawak contoh biskut raya ni tapi cam aku ni jenis malas sedikit tiap-tiap tahun akulah orang terakhir yang bawak contoh biskut raya ni . Setiap tahun memang aku jual biskut ShortBread, Tart Nenas, London Almond, Biskut Bijan, Biskut Nestum, Candy kelapa & Biskut Kelapa sahaja memang ini sahaja yang aku jual dari dulu sampai sekarang selalunya agak memberangsangkan jugalah income yang aku dapat dari jual biskut raya ni. Kalau dari segi rasa pun bukan nak membangga tapi ramai yang cakap biskut yang aku jual ni sedap sampai ada 1 tahun tu aku tak nak jual pun depa buat permintaan nak tak nak dapat jugalah aku bagi duit raya kat budak-budak yang datang kat umah aku.


ShortBread permintaan paling tinggi setiap tahun memang sedap sebab biskut dia buat pakai kacang almond bukan tepung semata.




Sebahagian biskut raya yang aku jual tahun lepas jer kau dapat jual dekat 8 kotak besar.



P/s - Puasa pun belum lagi dah sibuk dengan raya.

5 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

hang jual ke beb? berapa regenya?

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

ehwah dia dah mula jual kukis

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Ieda - tetiap tahun aku mmg jual biskut raya ni

Kak Ina - Belum lagi la kak tauke dah bising suruh amik sample tapi saya malas.. ehehhee

MakMonas berkata...Best Blogger Tips

ya allah teringin sgt, shortbread tu, kalau ada kat rumah org aku sure ambik tu dulu, mmm pos jakarta mahal tak? hahahaha,,,aku takut sampai sini jd serbuk

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Win - teringin ada makna tu... kalau kat umah aku tak kuarkan untuk diri aku sendiri... tak tau la pos jakarta mahal ke tak... tu la pasal jd serdak jer la nanti sampai sana ekk...