Salam semua,
Malam semalam bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur berlangsungnya Asean Musical Extravaganza sempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan bagi Negara Asia [AMRI] Dato Sri Utama Rais Yatim iaitu menteri penerangan Malaysia turut hadir ke Konsert tersebut. Konsert tersebut bermula pada jam 8.30malam di Panggung Sari Istana Budaya dan diwakili oleh setiap Negara asia tenggara antaranya adalah Malaysia sebagai tuan rumah, Thailand, Loas, Kemboja, Vietnam, Filifina, Brunei, Indonesia, Singapura dan juga Myammar. Event macam ni bagus gak lah diadakan untuk memperkenalkan budaya kepada orang ramai terutamanya remaja. Konsert ini adalah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan [KPKK]. Aku pergi dengan makcik-makcik Kg Puah Lembah seramai 8 orang sebab dapat tiket Grand Circle kat Istana Budaya tu.
Cantik singgahsana ni kalau buat pelamin ni mesti cantik sebab mengekalkan tradisi dan budaya sampai 3 tingkat pentas tu.
Jumpa pulak minah ni budak Kg Puah Lembah juga ni dalam tu tak ramai sangat penonton mungkin kurang promosi event macam ni.
Sempat juga aku ambil gambar waktu persembahan mula-mula tu sebab penjaga tu sibuk main handphone dia lepas tu mungkin dia perasan aku ambil gambar terus dia main-mail laser tag ngan aku. Rasanya event percuma macam ni tak kisahlah ambil gambar tanpa menggunakan FLASH lainlah kalau event tu berbayar lagi pun sebelum tu tak ada pun penggumuman tak bagi guna camera macam event selalu tu.
MK, Suki & Jamal Abdillah wakil dari negara Malaysia waktu ni dah last ada lagu Asean dan Lagu Joget Malaysia.
Warna-warni negara asean yang bergabung dibawah satu bumbung.
Pemuzik di Istana Budaya.
Sewaktu penutup persembahan yang happening.
Waktu kat luar tu Cik Rahmah cakap nak tengok Cuci The Musical Last Kopek ni nanti depa kasi duit aku tolong belikan. Wah dah gila teater plak mak cik - mak cik Kg Puah Lembah ni. layankan jer lah
Terima Kasih IBU SITI bagi tiket Asean Musical Extravaganza ni kalau ada lagi jangan lupa hulur-hulurkan sedekah tu ekk... ehehhhee
2 comments:
hurmm... UNTUNG laaa... dapat tiket FREE....ahahahaha
@hazman aka species1980 untonglah bawak makcik2
Catat Ulasan