REFRESH UNTUK AKU DAN YANG BERMINAT JER
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu
Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan
kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun
sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang
lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun
demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah
satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam
setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih,
niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada
zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8
rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah
S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana
tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman
Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20
rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya
itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang
ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang
witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang
Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang
witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat,
sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah
mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih
dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan
tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga
rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim;
“Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya
sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang
terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya
imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan
seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
just nak refresh solat terawih jerk c&p dari SINI
2 comments:
tq for info..heheheh
selamat bertarawih.. dan bertadarus.. =)
posa weh.. jgn tak posa
Catat Ulasan