Masyuk

Ahad, 11 November 2012

Majlis Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Wangsa Maju pada 08/11/2012



Salam semua,
Hari Khamis yang lepas Kg Puah Lembah sekali lagi menerima kunjungan dari Dato Seri Utama Rais Yatim untuk menjayakan Majlis Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012. Kali ini kunjungan lagi menarik sebab Dato Seri Utama telah memilih 3 buah rumah penduduk untuk menyampaikan sumbangan dan salah seorangnya adalah Mak Long aku. Selain itu beliau juga turut merasmikan Dewan Serbaguna Kg Puah Lembah yang akan dijadikan "bilik gerakan" setiap kali pilihanraya berlansung. Seperti biasa penduduk Kg Puah Lembah akan bergotong royong untuk memasak juadah yang bakal dihidangkan kepada setiap tetamu. Seperti kebiasaannya penduduk akan merasa penat setiap kali bergotong royong tapi itulah yang meriahnya di Kg Puah Lembah.

 Semua masak sendiri tak ada catering bagai di Kg Puah Lembah ni.



Macam biasa mesti kena arak macam pengantin.


Mak Long ku menerima kunjungan dan sumbangan dari Dato Seri Utama Rais Yatim di Kg Puah Lembah


Siap gantung papan tanda 1Prihatin tu.


 Simbolik mengecat dewan serbaguna Kg Puah Lembah.


 
 
 Turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kg Puah Lembah yang uzur.



 Merasa pulut panggang yang disediakan sendiri oleh penduduk kampung. Sampai subuh jugalah kitorang berjaga untuk menyiapkan 2000 biji kuih pulut panggang yang memang disukai Dato Seri.


Servis motor secara percuma kepada pengunjung yang hadir.



Sesi ucapan dari Dato Seri Utama Rais Yatim & Dato Shafie Abdullah



Ketua Penduduk Kampung Puah Lembah Tuan Hj Kamarudin Bin Yusof.


Turut merasmikan Pentas Budaya di Kg Puah Lembah.



Artis jemputan pula adalah Black Mentor kebetulan pula Black Mentor rajin lepak di rumah bulan kat Kg Puah Lembah ni penduduk Kg Puah Lembah pun suka pulak dengan blak ni katanya seorang yang hormat kt orang tua dan tak sombong walaupun seorang artis yang terkenal.



Itulah Mr. Bulan dengan sepupunya.



Dah abis majlis macam biasalah cuci pinggan mangkuk segala mak neneklah.




p/s - kalau boleh buatlah majlis pada hujung minggu tentu lebih meriah kalau hari kerja mungkin ramai yang tak dapat join sebab sibuk bekerja.

0 comments: