Masyuk

Rabu, 5 Disember 2012

Maggi Asam Laksa = Istanbul Aku Datang



Saje jer aku post gambar maggi asam laksa ni dekat "muka buku" aku, ada plak member aku igt aku tengah sengkek gila walaupun memang sengkek lah gak tp stakat nk makan nasi goreng kat warung tu insyaallah boleh lagi.

Semalam kat opis dok melayan cerita Istanbul Aku Datang lakonan Tomok dengan Lisa Surihani tu lepas tu ada pulak scene Lisa makan maggi asam laksa tu terus tekak ni nak makan maggi asam laksa td sebab bosan duk umah sorang-sorang aku pergilah beli sebungkus maggi asam laksa memang layan wey sebab dah lama tak makan maggi asam laksa ni selalunya nakan maggi indomie je kan.

Sebenarnya makan maggi ataupun makanan segera ni tak berapa nak sihat sebab banyak bahan perasa dan pewarna yang menyebabkan banyak penyakit singgah kat badan kita ni tapi sekali sekala rasanya tak menjadi masalah kot sekadar melepaskan keinginan jer ataupun hilangkan kempunan kot.

Lain padang lain belalang lain orang lain pandangan.


P/S - Semoga sahabat aku Mohd. Haniff Bin Abdul Latiff dan rombongan bantuan kemanusian ke GAZA malam ini semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Dan aku doakan semoga ko selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air hendak-Nya. Amin yarabbalallamin



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Geng Borak berkata...Best Blogger Tips

bila nak gi istanbul nih?? hehehee

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

xdo duit nak poe do