Salam 1 Malaysia semua, Sebenarnya dah lama aku nak joint contest "AZAM TAHUN 2011" yang dianjurkan oleh "abang saham" tak lain tak bukan MatJoe yang terkena makan keropok jangek dekat Mali's Danau Kota hari tu. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tapi tapi Allah s.w.t. yang menentukannya. Azam tahun 2010 untuk membeli rumah di Sentul telah terkubur ikutkan semua dokumen & duit sudah disediakan tapi itulah namanya belum ada rezeki. Insyaallah tahun ini aku mencuba untuk meneruskan azam aku tersebut mana tau insyaallah berhasil dengan azam tahun 2011 ini pula bak kata orang belajar dari pengalaman.
1. Insyaallah target aku mahukan rumah yang ada tanah tak kisahlah walaupun buruk janji rumah yang ada tanah senang nak buat kenduri ker, meninggal ker nak raya ker kalau ada rezeki la kita cuma merancang jer yang menentukan hanya Allah s.w.t.
2. Azam yang kedua adalah nak simpan duit banyak-banyak lepas tu insyaallah awal tahun atau pertengahan 2012 aku nak tamatkan zaman bujang pulak sampai bila nak bujang jer wey jangan asyik nak berjalan & enjoy jer.
Sebenarnya banyak lagi Azam 2011 yang aku ada tapi kalau nak buat list memang banyak giler tak terbaca korang nanti. Kalau korang nak mencuba nasib untuk joint contest ini sila jenguk di blog Azam Tahun 2011
Sebenarnya banyak lagi Azam 2011 yang aku ada tapi kalau nak buat list memang banyak giler tak terbaca korang nanti. Kalau korang nak mencuba nasib untuk joint contest ini sila jenguk di blog Azam Tahun 2011
‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'
p/s - aku hanya mampu merancang dan berusaha hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat menentukannya. Semoga ianya berhasil hendaknya.
4 comments:
semoga tercapai azam tahun baru tu
insyaallah cik su
aminn....untuk azam kedua..=P
Armiza - untuk azam kedua jer ker
Catat Ulasan