Masyuk

Rabu, 5 Oktober 2011

Dulu Sepah Kini Sepahtu










Salam semua,
Untuk pengetahuan korang semua Jep dan Shuib akan bergerak secara duo dengan menggunakan nama baru iaitu SEPAHTU (Sepah Two) serta bakal melahirkan sebuah album yang pelbagai genre akan tetapi berunsur komedi tetapi mempunyai mesej yang berguna dari segi lirik bukan berunsur lawak bodoh kepada para pendengar. Kumpulan Sepahtu ini bakal mengeluarkan albumnya pada pertengahan December 2011 serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia. Datuk M. Nasir, Azmer, Sheikh Qalam, Mawi dan Kumpulan Sepahtu sendiri bakal menjadi Komposer dan penulis lirik untuk album yang bakal keluar dipasaran tidak lama nanti. MW Entertainment Sdn. Bhd. dan Sheikh Qalam Records adalah manjadi tempat naungan kepada Kumpulan Sepahtu sebagai syarikat pengurusan rasmi mereka berdua. 


Jejai dan Mr. Manager sibuk dok tweet ngan Kak Ina KL dirumah mengenai Kumpulan Sepahtu ini.



Majlis bermula dengan pembuka kata dari Juan DanZa seorang blogger terkenal pada satu masa dulu bersama rakan-rakan seperjuangannya.



 
Penerangan dari wakil MW Entertainment Sdn. Bhd. mengenai Kumpulan Sepahtu kepada tetamu yang hadir pada malam tadi.



 
En. Othman Mahmood pula adalah wakil dari Sheikh Qalam Records pula memberi penerangan tentang Kumpulan Sepahtu ini pula. 



Sewaktu sesi soal jawab diantara wartawan bersama Kumpulan Sepahtu soalan wartawan pulak banyak bertanyakan Mamat bukan kepada soalan mengenai Kumpulan Sepahtu, dalam hati aku berkata "barang yang lepas jangan dikenang" tapi itulah kerja wartawan kalau tak ada mereka pasti dunia hiburan tanahair akan hambar dan mereka saling memerlukan antara satu sama yang lain.



Dari raut wajah mereka dapat menunjukkan banyak rahsia yang cuba mereka sembunyikan mengenai sahabat mereka seorang lagi iaitu Mamat.



Sesi bergambar Kumpulan Sepahtu gambar pertama tu dah macam gaya Dr Jusmate 5 plak si jep ni.



Blogger #retis akak Jejai begitu semangat untuk mengambil gambar Kumpulan Sepahtu.



Waktu yang dinantikan telah tiba iaitu masa untuk makan. Kepada peminat makan Ayam Penyet memang aku syorkan kat korang pergi makan dekat sini, Insyaallah aku akan repeat Restoran Dapur Penyet ini lagi.



 Semoga Kumpulan Sepahtu akan terus berjaya walau tak cukup seorang.


   

6 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

semuga mereka berdua mencapai kejayaan seperti masa mereka bertiga dulu

Unknown berkata...Best Blogger Tips

ekau tak ajak den pun kan

Yana Yassin berkata...Best Blogger Tips

dulu kecewa sepah berpecah,.. sekarang suka sebab ada sepahtu.

JAI berkata...Best Blogger Tips

Cehh..sedap ayam penyet dia..hehe..rugi tak mintak kebenaran dari juan nak tapau..hehe

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

hurmm....kalau buat gathering makan2x kat sini pun sempoi gak kan...

Tanpa Nama berkata...Best Blogger Tips

@kak ina kl

kalau kami nk sepahtu perfom kat event kami mcmana nk hubungi..?
ada kontek/..? tolong..