Tahun ni menyambut lebaran cam biasa jerk walaupun mak cik jenab tak da balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. tapi kitaorang yang tinggal ni membuat persiapan macam biasa jer kerana nak menyambut lebaran tahun ni seperti selalu. Tugas memasak terpaksalah aku dengan along yang amik alih itupun kitaorang main tibai jerk masak. Rabu malam Khamis aku dengan Cik Nieza pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang-barang yang hendak digunakan cuma santan jerk beli hari pagi Khamis tu. Sewaktu ke Pasar Chow Kit tu kebetulan jumpa buluh talang untuk buat lemang aku terus jer aku sambar sampai 25 batang tamak giler siot. Lepas tu pulak buat Lemang Tepung yang memang menjadi kebanggaan orang Bangkinang dapat lah dalam 3 batang. Hari Khamis pagi-pagi memasing terus berkerja keras aku tak kerja amik cuti sehari awal sebelum lebaran.
Kat umah aku ni tak da sapa yang reti nak buat lemang ni aku sorang jer reti tu yang aku bersemangat nak membakar lemang tu.
Setelah memasukkan daun pisang ke dalam buluh
Beras pulut digunakan 8kg dapatlah dalam 22 batang lepas tu santannya pula 5.5kg
tempat nak membakar lemang
Lemang yang dah nak masak buluh tu boleh terbakar plak nasib baik tak rentung lemang aku tu
Rendang daging pulak dah siap tenggek tinggal nak keringkan jer santan pulak dah dimasukkan.
Rendang daging campur dengan kentang kecil (baby potato) sedap wo kalau nak rasa tunggu aku buat open house nanti aku jemput korang yerk.
Rendang ayam cuma buat 2 ekor jer saja nak menambahkan lauk
Dalam kitaorang sibuk memasak kat luar anak mak cik jenab yang sorang ni pulak sibuk membuat kain rentang memang tiap-tiap tahun dia yang rajin buat benda ni.
2 comments:
Aduhhh..meleleh air liur aku siot...laparlah pulok
lapor makan ler... nanti aku buat open house ko rasa la plak..
Catat Ulasan