Masyuk

Selasa, 21 Februari 2012

Gotong-Royong Bersama DBKL Di Kg Puah Lembah



Salam semua,
Hari Sabtu lepas penduduk Kg Puah Lembah mengadakan gotong-royong bersama DBKL bagi membersihkan kawasan di Kg Puah Lembah. Kebetulan pada sebelah petangnya penduduk KPL ingin mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Puah Lembah. Semua penduduk tak kira usia semuanya bersatu membersihkan kawasan persekitaran kampung.



Kasi sapu semua sampah yer tok ketua dan anak buah pun turut sama buat kerja yer selain dapat menyihatkan badan pemandangan pun cantik.



Sompek laie buek muko tuh.




Kaum ibu pulak sibuk membuat persiapan memasak untuk majlis maulidur rasul disebelah petang pulak.




 Kuih Kaswi, Kuih sagu mata ikan, Kuih apam, dan nasi lemak menjadi santapan penduduk untuk bersarapan.

 


Dah terbiar rumah aku tu insyaallah ada rezeki aku nak repair rumah tu dan duduk disana pulak.


Pakai berdozar nak tebang pokok buluh yang dah mati tu.



Kalau tak silap ulat sagu ni kan si pendi tu sebenarnya nak ambik gambar jer tapi ada lagi sorang boleh tepuk tangan dia sampai ulat tu masuk dalam mulut dia aku pulak sempat snap gambar ulat tu dalam mulut dia. Kalau Jejai jumpa ulat sagu ni mesti dia sukakan.




Berbudi pada tanah ini hasilnya dapat juga makan ramai-ramai kan



Kuat tu orang tua ni hangkut kerusi nak dihumbankan.



Sementara mengemas tu aku ngan depa ni pun packinglah goodies bag untuk majlis maulidur rasul tu.



Dah settle dengan goodies bag keluar tgk orang ngah meratah umbut kelapa makan mentah-mentah memang sedap kami memang biasa makan umbut kelapa mentah- mentah macam ni tapi kalau buat gulai lemak putih umbut pun sedap jugak.



 
Kaum ibu tak siap lagi menyediakan barang untuk memasak asyik berborak jo kojonyo.



Biasalah kalau ada rewang-rewang mesti ada gelak ketawa cik hashim jawa kena bersanding dengan nenek sawi memang kelakar waktu ni wey.




Dedua budget hensem jer kan.



Aku pun buat kerja juga okeh bukan amik gambar jer siap kacau rendang sekawah tu.



Banyak tu jer lah rendang ayam untuk malam maulidur rasul tu tapi cukup lah untuk sekampung makan siap boleh tapau lagi.

2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

deck...bagus gak ko amik gambar aktiviti cenggini...boleh la buat tatapan orang kampung kan...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

man bukan tuk orang kg jer tapi utk semua orang, macam nak upgrade camera pun ada gak nih... hehehehee