Masyuk

Selasa, 8 Jun 2010

TIKET KONSERT ELLA DI ISTANA BUDAYA (1-2 JULAI 2010) SUDAH MULA DIJUAL






Mesej ini disampaikan kepada anda melalui PENTAS MALAYSIA bersama penganjur Konsert Ella, CANON MALAYSIA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Jangan ketinggalan berhibur bersama Ratu Rock Malaysia, Ella dalam konsert sulungnya di pentas berprestij, Istana Budaya bersama barisan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Datuk Ahmad Jais dan Tunas Budaya. Pastinya konsert ini dinanti-nantikan oleh peminat Ella, memandangkan Ella sudah sekian lama tidak beraksi di pentas konsert.

Konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 ini dibawakan oleh Canon Malaysia dan dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Konsert Ella akan mengetengahkan lagu-lagu popular ratu rock yang terus segar hingga ke hari ini. Anda dinasihatkan membeli tiket lebih awal, kerana konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat dan penganjur menjangkakan tiket akan habis dijual seminggu menjelang tarikh persembahan.

Pembelian awal membolehkan anda memilih kedudukan kerusi yang selesa untuk mendapat kepuasan bunyi dan kelesaan ketika menonton. Pembelian di saat-saat akhir (sekiranya tiket masih ada) menyebabkan anda hanya mendapat tempat duduk yang di tepi, iaitu sudut pandang ke pentas yang kurang selesa.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 telahpun mula dijual pada 27 Mei 2010.

Maklumat lanjut, hubungi:
Kaunter Ticket2u
Istana Budaya, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur.
Tel : 03-4026 5558

http://www.ticket2u.biz/
info dari Facebook Kassim Lee

0 comments: