Masyuk

Jumaat, 23 Julai 2010

Jangan Tiru Bulat-Bulat




Sememang nyer dalam minggu ni aku agak jarang menghapdet blog picisan aku nih dek kerana ketidak stabilan kesihatan terhadap diri aku nih.Oleh sebab itu kemalasan melanda untuk menghapdet blog picisan aku nih.

Pagi ni (dah lebih jam 1 pagi ler skang ni) aku terajin nak menghapdet plak ekk.
Bukan apa aku menghapdet blog dikala bulan mengambang (mengambang ker) ni aku terasa bosan kadang kadang tu sewaktu berblog walking apabila n3 para blogger yang cuma copy & paste, memang betul korang boleh cakap blog aku suka hati aku la, dulu pun aku ada gak perasaan macam tu tapi bila diambil kira aku pulak jadi bosan pabila blog yang aku bukak serupa dengan email atau pun dari blog orang lain.

Bukan tak boleh nak Copy & paste dari email or blog orang lain tapi kalau boleh olah atau pun edit la sikit Jangan Tiru Bulat- Bulat supaya ianya tak nampak macam korang tu tak ada idea yang boleh dikongsi supaya n3 korang nampak lagi menarik, mahal sangat ke idea korang tu sampaikan tak boleh kongsi dengan kawan kawan.

Waktu aku pergi joint Nuffnang Sharing Session hari tu pun ada bagi tahu pasal benda ni kata mereka kalau blog jenis Copy & Paste ni cuma untuk jer aku pun tak tau kebenaran nya kerana blog aku ni pun bukan ramai pengunjung, untuk keuntunggan jangka pendekjangka panjang mungkin kurang berjaya untuk blog yang suka dengan Copy & Paste ni tapi ikut korang lah siapalah aku nak cakap kat korang kan aku pun cuma blogger picisan jer.

akhir kata (macam buat rumusan zaman sekolah menengah plak) tepuk dada tanya selera. bak kata nabil raja lawak pulak "Lu pikirlah Sendiri"



p/s - Kridayanti bercium dengan sapa tu.

0 comments: