Masyuk

Khamis, 21 Mac 2013

Resipi Kuah Rojak







Salam semua,
Janji ditepati bukan janji diketupati okeh. Nah amik ko resipi kuah rojak aku buat ni tapi ini dapat kuantiti bertahun nak abis lah gamaknyer yer.

Bahan-bahannya:-
  •  1 botol besar botol kicap manis
  •  1 botol besar botol kicap masin 
  •  1 botol besar sos cili
  •  1 kg gula pasir
  •  500gram gula merah
  •  20 biji cili padi
  •  1 ketul belacan
 Cara-caranya:-

  • Gula merah & gula pasir dimasak sehingga pekat.
  • Belacan dibakar dan dikisar bersama cili padi sehingga hancur/lumat.
  • Semua bahan disatukan dan masak sehingga kuah sebati dan berkilat rasa kesesuaian kuah rojak tersebut.
  • boleh dicampur dengan kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai (goreng tanpa minyak) tapi kuah jadi cepat tengit kalau terus campur bahan-bahan tersebut tu pasal aku asingkan kacang tumbuk nak buat rojak baru aku campurkan.

p/s - kalau jual sebekas putih macam gambar kat atas tu RM10.00 boleh tak sebab member aku kat opis ni nak beli pulak.

0 comments: