Masyuk

Jumaat, 15 Januari 2010

Free Fifa World Cup Trophy Tour Ticket



Hari ni aku dapat ticket Fifa World Cup Trophy Tour pada 29hb Jan 2010 ni
tapi aku dapat 2 section nyer jam 12pm - 2pm dengan jam 8pm-1pm nyer
tapi aku nak yang 8pm-10pm jer
oleh itu aku nak bagi la kat sapa sapa yang berminat nak ticket nih cuma ada
4keping sahaja
di ulang ya aku bagi yang untuk jam 12pm-2pm punya
yang lelaki kalau tak g sembahyang Jumaat jangan salahkan aku yer
sendiri tanggung. tempat nya pulak dekat Mid Valley
cepat cepat la tinggalkan jejak kat n3 ini.
sapa cepat dia dapat.


Khamis, 14 Januari 2010

Astro B.yond Bloggers Night



Balik dari opis semalam aku terus merempit ke Modesto's Seri Hartamas
korang mesti dah tau kan pasal apa aku ke Modesto's tuh kan sebab n3 sebelum ni aku
ada inform pasal event nih
yang penting bukan untuk bersuka ria yer.
Tujuan aku ke Modesto's itu adalah diatas undangan dari pihak
itupun selepas aku menghantar details aku ke pihak NUFFNANG
untuk joint
Astro B.yond Bloggers Night
sampai je kat area situ dalam jam 7.05pm aku lepak kat luar dulu
ingatkan member bloggers yang lain belum sampai ghupernya dia orang dah ada kat situ
melepak kat dlam dengan diketuai oleh KAK INA KL
tadi pulak aku dapat email dari NUFFNANG
mengatakan ada 2 lagi hadiah yang hendak mereka berikan kepada bloggers yang
hadir kat majlis tersebut.
Walaupun aku tau aku tak akan dapat hadiah itu kerana mengikut firasat aku Chinese Bloggers atau pun Bloggers yang popular yang akan dapat hadiah itu kerana mereka ramai pengikut dan n3 mereka lebih kreatif dari aku tapi aku nak gak post n3 pasal
Astro B.yond Bloggers Night ni.
bagi aku dapat joint event yang dianjurkan oleh pihak NUFFNANGadalah hadiah paling besar
buat aku kerana dengan event yang dianjurkan oleh pihak NUFFNANG la aku dapat
kenal lebih rapat dengan bloggers yang lain di ALAM NYATA,
Persahabatan adalah hadiah yang paling bernilai babe.

Dah la apa yang aku merapu ni lebih baik layan gambar gambar yang aku amik nih
aku pun baru la pulak nak berjinak jinak dengan dunia DSLR maka pic yang aku amik nih tak da la cantik pun tapi aku akan belajar yer untuk meng"improve"kan teknik teknih
mengambil gambar.


masuk aja dalam tempat tuh aku dah nampak KAK INA KL, sigilatv, aus, ngan amy dah tercongok kat meja yang disediakan. lepas tuh ramai plak yang datang joint ngan kitaorang tengoklah sapa
ketua kumpulan
kitaotang kalau bukan KAK INA KL. popular gak KAK INA KL nih.
macam KAK INA KL nih aku ada la jumpa dalam 2-3 kali sebelum nih yang lain lain tuh belum pernah pun antaranya Hafiz, Byzura, MatJoe, & ramai lagi yang aku tak berapa nak ingat.
dalam kitaorang berborak & bergambar tuh datang Abang Nara ber"mingle-mingle" kat kitaorang.
wey saper tak kenal ngan Abang Nara nih ar. kalau tak kenal lebih baik korang pergi ke laman web
Abang Nara nih yer


apa lah yang digebangkan oleh ketua kumpulan tuh ekk sampaikan semua yang berada disekelilingnya
terpana, terpesona, terkhusyuk ada tuh sampaikan Abang Nara berkerut dahi dia.


yang ni pulak aksi terlampau para bloggers sewaktu menunggu waktu untuk majlis perasmian.
Tengok la muka KAK INA KL, sigilatv, Hafiz, ngan amy memang asyik menikmati makanan yang disediakan.


tibalah waktu penerangan mengenai ASTRO B.yond dari salah seorang Bos Besar Astro
kalau tak silap nama dia Mr. Henry Tan.


lepas jer Mr. Henry Tan merasmikan ada la pulak iklan yang ditayangkan khas kepada para bloggers yang hadir
memang power la kalau sapa pakai tv HD + Astro B.yond nih.
umah aku mana la ada HD tv nih tak do duet den nak boli pakai apo yang ado jo lah.


inilah antara makanan yang disediakan untuk para hadirin yang hadir, sebenarnya banyak lagi makanan yang disediakan tapi aku ambil gambar yang ni aja.


antara aksi aksi bloggers tengah mengambil makanan. aku saja jer amik makanan last last coz nak curi curi amik pic bloggers tengah ambil makanan macam mana.... semua khusyuk mentelaah makanan apa yang disediakan
KAK INA KL pula sambil cedok makanan sambil tangkap gambar makanan tuh.


orang lelaki biasa la lepas makan mesti nak pekena rokok sebatang dua baru boleh hadam makanan.
ahahhahahahahaaa..
waktu aku tengah menghisap rokok kat luar tetiba aku nampak Abang Nara keluar ingatkan nak pergi mana
rupanya dia pergi kedai TUJUH - SEBELAS beli rokok. sangap katanya lepas makan tak pekena rokok.


ini la permainan yang dinamakan "Murder Mystery games" ke apa namanya tah
cara nya kena carik sapa pembunuh kejam tuh
ala ala citer CSI la kat dlam chanell Astro tuh la
diaorang cuma bagi klue aja pastu peserta kena la carik sapa pembunuh tuh.


aku, sigilatv, Hafiz, MatJoe & aus joint games ni tapi kitaorang kalah tak dapat apa da..
tapi xpa yang penting tetiba jer kitaorang jadi cam dah lama kenal walaupun sebelum ni tak pernah jumpa kan.


ini lah aksi lucah yang dilakukan oleh pelakon tuh, sebenarnya mereka tengah flashback punca kematian tuh
tgk la tuh memasing angkat tangan nak amik gambor. dan pemenang games ni adalah seorang Chinese Blogger
aku tak ingat sapa dia.


waktu nak balik tuh kitaorang terserempak pulak dengan MAK MERAH apa lagi memasing sibuk la nak bergambar dengan MAK MERAH yang popular tuh, tapi sayang waktu dia orang nak amik pic ngan MAK MERAH la camera aku bateri kong pulak. nasib baik dapat amik 2 keping pic depa ngan MAK MERAH.biasalah kalau dah abistuh kalau tak amik pic bersama memang tak sah bagi bloggers semua, kitaorang pun dengan selamba badak sumbu sumatera pergi amik gambor kat signboard MODESTO's tuh.


kepada semua sorry la yer kalau aku ada terkasar bahasa yang buat korang kecik hati waktu arituh
bagi aku HADIAH yang aku dapat adalah persahabatan yang kian (bukan lagu kian nyanyian mawi tuh ar) bertambah sejak aku memBLOGkan diri aku.
terima kasih kepada pihak NUFFNANG

Rabu, 13 Januari 2010

Pertandingan Poster



den tak kiro den nak apdet jugak blog den malam nih
ado den kisah podulik an apo orang nak cakap den punyo blog suko ati den la
ahhahhahhahah
raso tak suko tak payah sibuk sibuk nak taip url blog den
raso nak baco & nak ushar blog den dipersilokan
lagi den suko.... ahahhahahaha

Hari ini 13hb Jan 2o1o kan aku ada apdet N3 pasal aku dapat jemputan dari
Nuffnang coz ada

astro B.yond Bloggers Night

aku dengan rela hati nya stay kat opis sampai jam 6.45pm
coz aku amik keputusan untuk gerak dari opis jer terus pergi ke Modesto's, Sri Hartamas
sementara menunggu tuh aku ngan member member opis pun
menyiapkan poster yang kitaorang kena buat sebab ada pertandingan membuat poster
dah la memasing tangan "pengkau" nak melukis lukis nih
kitaorang amik jalan yang agak selamat dengan membuat teknik tampal tampal jer
hahahahahahaa
janji jangan kosong udah la kertas yang
diaorang bagi tuh
kumpulan aku kena buat tajuk

"NO REPEAT CALL"

sambil tengah buat benda alah tuh aku pun sibuk la amik gambar diaorang tengah
leka menyiapkan poster tersebut

gambar tuh si Alhan dengan si Liana sibuk tengah deco poster kumpulan kitaorang
kumpulan kitaorang nih tak da la beria sangat macam kumpulan orang lain
model telefon tuh pun last minute punya idea walaupun pertandingan poster nih sejak dari tahun lepas lagik kitaorang baru sibuk nak buat ada kumpulan tuh dah hantor pulak kat juri.



psstt... aku dah kecapekan mau bobok deh....nanti aja disambung menaip di blog aku ini ya
tunggu aja kemunculan n3 mengenai astro B.yond Bloggers Night

Selamat Pengantin Baru Shasha & Bob



Sebenarya malam ni aku still penat lagik tapi aku dengan tenang nak gak apdet blog aku ni
nak tau aku penat kenapa
last weekend wah speakang omputih plak aku ekk...
aku pergi Kampung Puah Lembah, kat Gombak je ada kenduri kawen
sejak dari hari Sabtu lagi aku berkampung kat situ
biasa la aku kalau kenduri orang ajak merewang aku
layan kan aja
hari Sabtu tuh aku cam biasa la mana mana
kenduri aku memang amik
port kawah rendang jer aku jaga 1 kawah lagi 5 kawah orang lain la jaga
tak kan la aku sorang nak jaga sampai 6 kawah
gilo ko apo mau rentung jadi nyer.

kat Kampung Puah Lembah ni memang orang orang kat situ kaki rewang
bukan jenjalan la maksud aku rewang tuh gotong royong kalau kenduri kendara kat situ.
malam nye pulak sesi karaoke aku g layan gak

Hari ahad plak hari langsung nya aku jam 10pagi dah sampai kat situ
tolong apa patut cam susun meja, angkut lauk dan sebagainya la.

hari langsung warna kuning diraja cantik tu
Selamat Pengantin Baru Shasha & Bob
(Kak Ina KL mesti cakap asyik pergi kenduri orang jer aku bler lagik)


biasalah kalau orang Seremban turun sekali sekala memang la harus tangkap gambar
masa petang tuh orang band yang disediakan menyanyi lagu poco poco
orang orang kampung siap menari poco poco lagik
kalau nak tgk dia orang berpoco poco korang klik sini coz aku ada
upload video kat youtube.com


biasanya selepas penat kenduri orang semua balik umah kitaorang pun balik jugak
tapi malam nya datang balik rumah kenduri kahwen tuh sebab ada joget lambak
memang meriah la kalau kenduri kahwin kat Kampung Puah Lembah ni.

Khamis, 7 Januari 2010

Perkhidmatan Jurufoto Perkahwinan



Saper nak kawen or cukur jambul tapi masih tak ada cameraman
ni ada salah seorang saudara aku ada
pakej dia serendah RM800

SILA HUBUNGI DASREL @ 0122506185

UNTUK KETERANGAN ATAU TEMPAHAN

atau lawati blog beliau seperti yang tertera di bawah ini


serta email di

dreamz_photo@yahoo.com

Selasa, 5 Januari 2010

Murder Mystery Games



N3 kali ni bersangkut paut dengan n3
Astro B.yond Bloggers Night
Kengkawan sekalian alam boleh tak bagi info macam mana nak main
MURDER MYSTERY GAMES
aku langsung tak tau macam mana nak main permainan ini
harap harap korang leh membantu aku yer
Terima Kasih