Masyuk

Ahad, 12 September 2010

Mayat Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibakar?




Betul ker ataupun ini semua propa semata dari orang yang tak ada otak.
Aku terbaca kat blog si Chearmster mengatakan yang menyatakan bahawa terdapat penemuan 4 mayat rentung dan salah seorangnya adalah Datuk Sosilawati Lawiya iaitu seorang jutawan kosmetik terkemuka di negara kita ini. Penemuan mayat tersebut dijumpai di Ladang Kelapa Sawit di Morib. 6 orang suspek juga telah ditahan untuk siasatan
Ada sesiapa yang dapat memastikan cerita ini adalah benar dan sahih, Kalau betul sila kongsi maklumat ini.


p/s - kalau betul salam takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau
- Kalau salah beribu ampun dan maaf aku pohonkan.



Rabu, 8 September 2010

Bingkisan Syawal 1431 Kepada Semua Sahabat






Salam Aidilfitri daydeck86 ucapkan kepada seluruh umat islam yang berada tidak kira dimana sahaja.

Dikesempatan ini daydeck86 nak memohon seribu ampun kepada semua blogger's secara langsung dan secara tidak langsung terutamanya kepada geng tali barut Kak Ina KL mana tahu sewaktu berjumpa ada tersalah kata terkasar bahasa dari daydeck86 ker.

Disamping itu daydeck86 juga ingin memohon beribu ampun kepada kawan2 kerana tak berkesempatan nak bersiar-siar di blog kengkawan semua.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran nanti rancang perjalanan anda semua ingatlah orang yang tersayang.

Semoga lebaran tahun ini memberi seribu kemanisan buat kita semua dah mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini



p/s - nak cari buluh bakar lemang la bukan bakar meriam
- tugas memasak diserahkan kepada aku ngan along sebab mak cik jenab balik beraya ke Bangkinang.
- Tahun ni tak shopping raya pun
- Yang beraya kat KL tu jangan lupa singgah rumah daydeck86 yer

Sabtu, 4 September 2010

Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul Sdn Bhd




Hari Khamis yang lepas aku mendapat jemputan berbuka puasa Tayangan Unggul Sendirian Berhad dari Ajami Hashim yang juga member satu banggunan tempat aku berkerja. Aku pergi berdua dengan member aku Adham gigih kami merempit sampai ke Putrajaya mencari hotel Mariott Putrajaya tuh. Sampai kat sana lebih kurang jam 7.00 petang aku tengok dah ramai orang kat sana termasuk artis-artis yang dijemput.
RedMummy dengan muka candidnya.
RedMummy ni dikategorikan dengan artis gak kan.
Saja aku menyemak nak amik gambar waktu RedMummy sedang sibuk nak buat cabutan bertuah untuk pengikut dia waktu ni Hann Issacc yang sedang membuat cabutan.
Ni pulak si Lisa Surihani yang sedang membuat cabutan dapat bergambar candid cam ni jadi ler.
Corrie Lee bersama isteri terchentanya berjubah lagi tu.
Dah nampak dagu si Shanie ni kan
Datin Sri Paduka Umie Aida memang muka melayu totok la dia cantik siot.
Maria Farida muka cun putih plak tu ala-ala pan asian siot muka dia ni.
Ini pula bersama Rynna pelakon Adnan Sempit yang jadi Wawa tu. dia ni memang sempoi dan slumber siot.
Adham pun terkejut bila si "wawa" ni pandang dia dulu.
Memang sempoi la dia ni.
Gambar ini khas ditujukan kepada
p/s - bz sampai tak sempat nak update blog ni
- Macam aku kena masak jer untuk raya ni mak cik jenab dah balik Bangkinang raya kat sana
- aku belum shopping ghayo lagi ni.
- sapa ada video tv3 yang kena tarik tu?
- Datin Sosilawati Lawiya bekas isteri Nash hilang lagi ker




Trainning @ Mid Valley







Memang aku agak sibuk gak la dekat dekat nak raya ni, bukan sibuk apa nya pun cuma selepas kitaorang siap dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang pada minggu lepas. Minggu ni plak selepas Cuti Merdeka lepas aku kena pergi trainning kat Mid Valley pulak. Memang bosan la kalau trainning di bulan puasa ni orang yang tak puasa boleh lah melantak free tapi kitaorang yang puasa ni dapat tengok orang melantak jerk. Waktu berehat tu sempat la aku ngan akak2 kat opis aku ni mencuci mata kat The Garden tu tapi aku tak shopping pun just tengok tengok jer tapi tak ada yang berkenan.


Meck's Pit ngan Kak Mazlin.


Kak Elle ngan aku ler


bergambar ramai ramai dengan pengajar Wilson Yeap ni tak mengantuk dibuatnya


p/s - ini bukan trainning naik pangkat or naik gaji okeh




Jumaat, 3 September 2010

Berbuka Puasa @ Kampung Puah Lembah




Hari Ahad lepas semua adik beradik aku dari Seremban dan Kuala Lumpur turun ke Kampung Puah Lembah nama jer kampung tapi still kat Jln Gombak, Kuala Lumpur jer. Tahun ni kita orang berkumpul kat rumah arwah Pak Long aku walaupun Pak Long aku dah meninggal dunia tapi hubungan kami sekeluarga still akrab tapi kali ni aku tak berbuka bersama sebab aku tolong member aku berniaga tapi lepas abis berniaga aku terus pergi KPL sampai sana depa semua dah abis makan aku pun dah memang kenyang berbuka kat tempat berniaga. Sampai sana terus aku suruh member aku yang duduk kat KPL tu belikan bunga api kami main sampai lebam kat sana.
Lebih kurang jam 11 malam kami pun gerak balik ke destinasi masing-masing. Memang asal usul kami kebanyakkannya memang berasal dari Gombak yang sinonim dengan Minangkabau.

Inilah rumah arwah Pak Long aku kat Kampung Puah Lembah Hj. Ishak Bin Yusoff salah seorang bekas imam masjid Jamek batu 4 1/2 Jln Gombak.


Masa untuk bergosip bukan bergosip pun tapi berbincang mengenai masalah keluarga dan menyelesaikan apa yang tak selesai.


Sempat lagi bergambar di beranda rumah yang kat bawah tu baju putih tu anak buah aku berkerja sebagai penyanyi kat Hard Rock Cafe Penang.


Adik aku bersama anak buah aku


Aku ngan Kak Sal (isteri kepada sepupu aku) sempat lagi bergosip kata kau.


Bunga api jer ler tak da mercun mercun ni bahaya, sekadar memeriahkan lebaran yang akan kunjung tak lama lagi.




p/s - sapa lagi dapat jemputan berbuka puasa digi di The Apartment, KLCC?



Rabu, 1 September 2010

Are You Moist Enough?




Adakah kulit anda cukup lembab?
Lembab yang dimaksudkan bukannya lembab yang satu lagi tu (Slow) tapi adakah kulit anda tidak kering, Jawapan aku adalah kulit aku agak tidak lembab la juga terutamanya dibahagian bibir dan siku aku (bukan buruk siku yer).



Bagaimana hendak mengetahui bahawa kulit kita kering atau tidak?
Cara pertama adalah dengan mencakar bahagian kulit kita sama ada kesan calar-calar yang berwarna putih akan kelihatan selepas kita mencakar kulit kita. Selain itu kesan kesan merekah akan terbentuk sekiranya kulit kita kering terutamanya dibahagian tapak kaki dan bibir.




Mengapa kulit kering?
Sel kulit kita mati antara sebab-sebabnya mungkin sel kulit kita sudah mati. Kekurangan air dan pengambilan makanan seperti sayur-sayuran yang sangat minimal juga menyebabkan kulit kita akan kering, Faktor iklim juga mempengaruhi masalah kulit kering ini.


Bagaimana merawat atau cara mengatasi masalah kulit kering?
Pastikan meminum air dengan banyak dan mencukupi untuk badan kita serta jangan lupa untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Waktu rehat yang cukup juga penyumbang untuk membantu menyelesaikan masalah kulit kering ini. Selain itu banyak Produk yang sesuai dengan masalah kulit kering ini terjual di pasaran Malaysia antara produk yang aku percaya adalah VASELINE yang memang selalu aku gunakan terutamanya di pejabat.




Adakah aku pengguna VASELINE sebelum ini?
Ya, aku memang salah seorang pengguna VASELINEsebelum ini aku cuma menggunakan produk VASELINE yang bernama VASELINE PURE PETROLEUM JELLY aku menggunakan produk VASELINE ini terutamanya dibahagian bibir dan juga dibahagian tapak kaki yang kerap kali kering akan tetapi VASELINE yang telah berumur lebih dari satu abad ini telah mengeluarkan produk baru yang bernama TOTAL MOISTURE, HELTHY WHITE, INTENSIVE RESCUE & ALOE COOL AND FRESH.




Kelebihan 3 produk baru dari VASELINE tersebut adalah

Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.


Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.


Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.


Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.


Nuffnang dan Vaseline akan mengadakan "poolside party - Celebration of Amazing Skin
Celebration of Amazing Skin" pada 2 Oktober 2010 jam 5pm - 10pm bertempat di Luna Bar dengan bertemakan warna HIJAU, KUNING, PINK dan PUTIH