Adakah kulit anda cukup lembab?
Lembab yang dimaksudkan bukannya lembab yang satu lagi tu (Slow) tapi adakah kulit anda tidak kering, Jawapan aku adalah kulit aku agak tidak lembab la juga terutamanya dibahagian bibir dan siku aku (bukan buruk siku yer).
Bagaimana hendak mengetahui bahawa kulit kita kering atau tidak?
Cara pertama adalah dengan mencakar bahagian kulit kita sama ada kesan calar-calar yang berwarna putih akan kelihatan selepas kita mencakar kulit kita. Selain itu kesan kesan merekah akan terbentuk sekiranya kulit kita kering terutamanya dibahagian tapak kaki dan bibir.
Mengapa kulit kering?
Sel kulit kita mati antara sebab-sebabnya mungkin sel kulit kita sudah mati. Kekurangan air dan pengambilan makanan seperti sayur-sayuran yang sangat minimal juga menyebabkan kulit kita akan kering, Faktor iklim juga mempengaruhi masalah kulit kering ini.
Bagaimana merawat atau cara mengatasi masalah kulit kering?
Pastikan meminum air dengan banyak dan mencukupi untuk badan kita serta jangan lupa untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Waktu rehat yang cukup juga penyumbang untuk membantu menyelesaikan masalah kulit kering ini. Selain itu banyak Produk yang sesuai dengan masalah kulit kering ini terjual di pasaran Malaysia antara produk yang aku percaya adalah VASELINE yang memang selalu aku gunakan terutamanya di pejabat.
Adakah aku pengguna VASELINE sebelum ini?
Ya, aku memang salah seorang pengguna VASELINEsebelum ini aku cuma menggunakan produk VASELINE yang bernama VASELINE PURE PETROLEUM JELLY aku menggunakan produk VASELINE ini terutamanya dibahagian bibir dan juga dibahagian tapak kaki yang kerap kali kering akan tetapi VASELINE yang telah berumur lebih dari satu abad ini telah mengeluarkan produk baru yang bernama TOTAL MOISTURE, HELTHY WHITE, INTENSIVE RESCUE & ALOE COOL AND FRESH.
Kelebihan 3 produk baru dari VASELINE tersebut adalah
Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.
Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.
Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.
Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.
Nuffnang dan Vaseline akan mengadakan "poolside party - Celebration of Amazing Skin
Celebration of Amazing Skin" pada 2 Oktober 2010 jam 5pm - 10pm bertempat di Luna Bar dengan bertemakan warna HIJAU, KUNING, PINK dan PUTIH
10 comments:
wa.. ko nak pergi ke kalau dapat?
kalau dapat aku pergi jerlah mana tau dapat lucky draw... ahahahha
redah kasi pecah ko tak pergi kerk kalau dapt.....
gud luck deck
tq kak tash
gud luck to kak tash gaks
good luck! :D
Gud luck bro! nanti g party leh mandi lam pool..=D
yours
SH
boleh pergi ni
good luck..best klu semua tali barut dapat jumpa kan
good luck!! :D
This is a really nice post! All the best for the competition and do check out my entry as well? :D
Miss Ave T
Catat Ulasan