Masyuk

Ahad, 25 Disember 2011

Astro SRU Campaign Dinner



 




Salam semua,
Selamat berhujung minggu, Terbangun awal siot aku hari ni sebab semalam aku "terbadak" awal. Cerita hari Jumaat lepas "terdelay" lagik wey, Lepas melayan Beruang kat Pavillion hari tu kitaorang terus gerak ke hotel untuk pergi makan free la wey apa lagi dah dapat jemputan pergi jerlah lagipun aku ganti orang jer sebab opismate aku ni tak dapat pergi sebab tak berapa sihat hari tu. 



Sampai je terus mengunyah kacang ni sampai abis tapi memang sedap kacang ni lagipun free kan.



Tiger show yang pasti Mat Tiger paling suka ni.



1 meja selalunya ada 10 orang mana lagi sorang ekk??



Makanan ni jer yang sempat aku ambil gambar sebab camera tak ada bateri, chinese food tapi agak lambat depa hidangkan tapi aku tak berapa nak gemar makan den tokak melayu la wey.



Sambil makan tengok persembahan hantu cina ni tukar-tukar muka dia tu.

 

Pastu staff SRU kena naik pentas menyanyi ramai-ramai





p/s - jap agi nak g amik gambar orang cukur jambul & aqiqah di Kampung Puah Lembah.

Jumaat, 23 Disember 2011

United Buddy Bear di Pavillion Kuala Lumpur




Salam semua,
Hari Jumaat lepas aku pergi dinner tempat aku bekerja di Hotel area Pavillion, Kuala Lumpur memandangkan kami sampai awal sempat juga kami menjengah ke United Buddy Bear disana saja jalan-jalan sambil melihat persiapan Hari Krismas yang bakal menjelang esok hari. Kami berempat bergerak dari tempat kerja terus kesana. Memang cantik cantik lukisan yang terdapat disana dan yang paling aku suka adalah United buddy bear dari negara Malaysia yang aku cintai karya dari Imuda. 




 
 Menampilkan budaya dan kesenian orang Malaysia yang muafakat.



Mak datin yang hendak bergaya dengan UBB di Pavillion.



Apa yang ko nak jilatkan bro.



Bro nak jadi cam beruang tu gak ker.



Sempat juga mamat ni berjumpa dengan kaum keluarga yang dari China tu kan.


Aksi lucah mamat ni dengan beruang nasib ko lah Alhan sekarang ni Kak Ina Cheras (mak Alhan) pun selalu singgah blog aku.



Tak elok perangai.



 
 Katakan tak nak merokok.




Aksi lucah di Pavillion lukisan lucah namanya.



Family Gathering - Lunch Potluck



Salam semua,Selamat hari Jumaat yang berkah buat aku dan korang semua hendak-NYA, Hari Sabtu lepas keluarga aku mengadakan makan tengah hari secara "potluck" di rumah mak long aku di Kampung Puah Lembah, Gombak. Dah nama pun "potluck" masing-masing yang datang bawak makanan yang dimasak sendiri ke rumah mak long aku dan makan bersama-sama. Sebenarnya tak da lah makan semeja ke apa makan masing-masing bersepah sebab meja dah penuh dengan orang-orang yang lebih tua dari aku.  Aku pergi kesana lebih kurang jam 12.30 tengah hari cuma aku jer yang bawak buah tembikai sebab aku nikan orang bujang tak da la nak masak-masak ke apa tak kuasa aku. Akak-akak aku yang lain semestinya kena bawak makanan yang depa masakkan.








Sampai sana semua melepak jer dulu tak ada apa yang nak dibuat sambil menunggu family yang lain sampai. 



 
 Agak-agak dah cukup orang apa lagi masa untuk makanlah kan walaupun tak cukup korum sebab planning last minute sapa yang sempat jer yang datang ni.



Ayam masak blackpepper yang dimasak oleh kakak paling sulung kami.



Ikan cencaru goreng cicah sambal kicap resepi dari Johor masakkan ucu aku.



Gulai tempoyak ikan bilis dan ayam goreng yang dimasak oleh Kak Ani.



Gulai jering yang dibawak oleh kak teh. lepas tu bilik air ada perfume percuma.


Rojak buah dibeli dengan harga RM20 cuma banyak ni jer tapi barang-barang sekarangkan mahal.
 


Pencuci mulut kami durian aku pergi beli duit dari tontong ramai ramai dapatlah dalam 3 plastik beg besar tu abis semua makan pasti masak bubur kacang hijau memang terbaek sampai rumah teringat-ringat bubur kacang hijau dengan durian tu.



 
 Dari yang kecik sampailah ke tua semuanya hantu durian sampai mengadap masing masing wey.



 
 Sambil makan sambil berbincang apa aktiviti yang bakal diadakan nanti. Pelbagai program telah diatur semoga semuanya menjadi kenyataan. 


 



Khamis, 22 Disember 2011

Kereta Kancil Untuk Dijual - RM7800









Harga - RM7800 - Boleh Dirunding lagi
Jenis - Perodua
Model - Kancil
Warna - Silver
Kapasiti Enjin - 660cc
Mileage - 130 000 - 139 999
Transmission - Manual
Accessories - Solar Filem, Cd Player, Alarm, Central Lock, Extra Fan
Upgraded items incl.:
- Kenwood CD Player
- 2x Speakers
- 6x Speakers
- Parking Sensor
- Tinted film
- Service at Perodua Service Centre Only 


Kalau berminat sila telefon ke nombor 019-3587788 (En. Ridzuwan) atau 019-6643677 (En. Alhan) terus kepada tuan punya kereta kereta ni memang aku selalu naik kompem condition dia ok tak ada masalah setakat ini. Kalau korang deal ngan owner cakap jer korang member aku.   



Dalaman yang cantik dan bersih siap ada kipas extra lagi tu.


korang tengok sendiri dalaman enjin dia cantik ekr tak kalau nak tgk terus pun boleh jugak kat area Cheras Perdana.

 

Bersepeda Di Monas, Jakarta







Salam semua,
Selamat hari Khamis yang indah, Bersepeda di Monas tau bukan bersepender di Monas, cerita tertunggak lama bukan bill air tertunggak yer mood untuk update blog pun ke laut gak ni. Awal bulan lepas aku pergi ke Jakarta & Bandung lagi dah naik bosan aku gi sini balik-balik gi tempat yang sama jer next year insyaallah nak pergi jalan ke tempat lain pulak lah. Aku pergi kali ni selama 5 hari pergi  balik sampai dah malam terus pergi lepak-lepak ke Monas ataupun Monumen Nasional Indonesia di Jakarta. Dekat Monas ni kalau pergi malam just lepak-lepak sambil kayuh basikal kat sini. Naik basikal kat sini dikenakan charge sebanyak 15 000 rupiah lebih kurang RM5 untuk 10 minit, macam membazir pun ada jugak aku rasa wey tapi sekali sekala tak per kot.  Selepas pergi ke Monas kami semua bergerak ke Hard Rock Cafe cuma berjalan-jalan untuk membeli barangan disana sahaja tak ada lah nak masuk ke Hard Rock Cafe tu sebab semua orang nak save budget katanya.






 
 Melompat lebih tinggi dari Monas ker?



Kalau ke Jakarta dan Bandung Achenk pasti menjadi pemandu pelancong kami disana sebab memang dah kenal dan rapat dengan Achenk ni pun.



Basikal macam inilah yang depa nak naik pusing keliling area Monas tu.



 
 Pergi bergambar jer dekat luar Hard Rock Cafe, Jakarta ni bukan nak shopping sangat pun.


 
 Pasangan bahagia & sengal depa berdua ni.
  


Pasangan pengantin baru yang tak dapat honeymoon waktu di Jakarta sebab tidur asing kami ambil 2 bilik jer untuk dikongsi lelaki 1 bilik perempuan pun 1 bilik jugak. 



 
 Wey cik Lily Ixora hang ingat hang cute cam budak belakang tu ka?

 


Rabu, 21 Disember 2011

Bicara Hati - Damya Hanna










Salam semua,
Hari ini aku dapat hadiah novel Bicara Hati karya Damya Hanna dari tempat kerja kebetulan pulak Novel Bicara Hati ini bakal diadaptasikan ke drama yang bakal ke saluran Astro Prima [105] pada awal tahun hadapan iaitu pada 03 Januari 2011 nanti. Sudah rezeki aku kaut jer lah bacanya tah bila tapi bila aku baca sinopsisnya macam menarik pulak. Kalau mood aku nak membaca tu semua buku aku baca jer janji aku faham. Selalunya aku suka baca buku karya dari Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun HAMKA antara karya masyurnya adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk dan Dibawah Lindungan Kaabah.