Salam semua,
Selamat hari Khamis yang indah, Bersepeda di Monas tau bukan bersepender di Monas, cerita tertunggak lama bukan bill air tertunggak yer mood untuk update blog pun ke laut gak ni. Awal bulan lepas aku pergi ke Jakarta & Bandung lagi dah naik bosan aku gi sini balik-balik gi tempat yang sama jer next year insyaallah nak pergi jalan ke tempat lain pulak lah. Aku pergi kali ni selama 5 hari pergi balik sampai dah malam terus pergi lepak-lepak ke Monas ataupun Monumen Nasional Indonesia di Jakarta. Dekat Monas ni kalau pergi malam just lepak-lepak sambil kayuh basikal kat sini. Naik basikal kat sini dikenakan charge sebanyak 15 000 rupiah lebih kurang RM5 untuk 10 minit, macam membazir pun ada jugak aku rasa wey tapi sekali sekala tak per kot. Selepas pergi ke Monas kami semua bergerak ke Hard Rock Cafe cuma berjalan-jalan untuk membeli barangan disana sahaja tak ada lah nak masuk ke Hard Rock Cafe tu sebab semua orang nak save budget katanya.
Melompat lebih tinggi dari Monas ker?
Kalau ke Jakarta dan Bandung Achenk pasti menjadi pemandu pelancong kami disana sebab memang dah kenal dan rapat dengan Achenk ni pun.
Basikal macam inilah yang depa nak naik pusing keliling area Monas tu.
Pergi bergambar jer dekat luar Hard Rock Cafe, Jakarta ni bukan nak shopping sangat pun.
Pasangan bahagia & sengal depa berdua ni.
Pasangan pengantin baru yang tak dapat honeymoon waktu di Jakarta sebab tidur asing kami ambil 2 bilik jer untuk dikongsi lelaki 1 bilik perempuan pun 1 bilik jugak.
Wey cik Lily Ixora hang ingat hang cute cam budak belakang tu ka?
2 comments:
deck , bersepeda tu maksudnya berbasikal yekkk
pandai pun hazman
Catat Ulasan