Masyuk

Khamis, 14 Januari 2010

Astro B.yond Bloggers Night



Balik dari opis semalam aku terus merempit ke Modesto's Seri Hartamas
korang mesti dah tau kan pasal apa aku ke Modesto's tuh kan sebab n3 sebelum ni aku
ada inform pasal event nih
yang penting bukan untuk bersuka ria yer.
Tujuan aku ke Modesto's itu adalah diatas undangan dari pihak
itupun selepas aku menghantar details aku ke pihak NUFFNANG
untuk joint
Astro B.yond Bloggers Night
sampai je kat area situ dalam jam 7.05pm aku lepak kat luar dulu
ingatkan member bloggers yang lain belum sampai ghupernya dia orang dah ada kat situ
melepak kat dlam dengan diketuai oleh KAK INA KL
tadi pulak aku dapat email dari NUFFNANG
mengatakan ada 2 lagi hadiah yang hendak mereka berikan kepada bloggers yang
hadir kat majlis tersebut.
Walaupun aku tau aku tak akan dapat hadiah itu kerana mengikut firasat aku Chinese Bloggers atau pun Bloggers yang popular yang akan dapat hadiah itu kerana mereka ramai pengikut dan n3 mereka lebih kreatif dari aku tapi aku nak gak post n3 pasal
Astro B.yond Bloggers Night ni.
bagi aku dapat joint event yang dianjurkan oleh pihak NUFFNANGadalah hadiah paling besar
buat aku kerana dengan event yang dianjurkan oleh pihak NUFFNANG la aku dapat
kenal lebih rapat dengan bloggers yang lain di ALAM NYATA,
Persahabatan adalah hadiah yang paling bernilai babe.

Dah la apa yang aku merapu ni lebih baik layan gambar gambar yang aku amik nih
aku pun baru la pulak nak berjinak jinak dengan dunia DSLR maka pic yang aku amik nih tak da la cantik pun tapi aku akan belajar yer untuk meng"improve"kan teknik teknih
mengambil gambar.


masuk aja dalam tempat tuh aku dah nampak KAK INA KL, sigilatv, aus, ngan amy dah tercongok kat meja yang disediakan. lepas tuh ramai plak yang datang joint ngan kitaorang tengoklah sapa
ketua kumpulan
kitaotang kalau bukan KAK INA KL. popular gak KAK INA KL nih.
macam KAK INA KL nih aku ada la jumpa dalam 2-3 kali sebelum nih yang lain lain tuh belum pernah pun antaranya Hafiz, Byzura, MatJoe, & ramai lagi yang aku tak berapa nak ingat.
dalam kitaorang berborak & bergambar tuh datang Abang Nara ber"mingle-mingle" kat kitaorang.
wey saper tak kenal ngan Abang Nara nih ar. kalau tak kenal lebih baik korang pergi ke laman web
Abang Nara nih yer


apa lah yang digebangkan oleh ketua kumpulan tuh ekk sampaikan semua yang berada disekelilingnya
terpana, terpesona, terkhusyuk ada tuh sampaikan Abang Nara berkerut dahi dia.


yang ni pulak aksi terlampau para bloggers sewaktu menunggu waktu untuk majlis perasmian.
Tengok la muka KAK INA KL, sigilatv, Hafiz, ngan amy memang asyik menikmati makanan yang disediakan.


tibalah waktu penerangan mengenai ASTRO B.yond dari salah seorang Bos Besar Astro
kalau tak silap nama dia Mr. Henry Tan.


lepas jer Mr. Henry Tan merasmikan ada la pulak iklan yang ditayangkan khas kepada para bloggers yang hadir
memang power la kalau sapa pakai tv HD + Astro B.yond nih.
umah aku mana la ada HD tv nih tak do duet den nak boli pakai apo yang ado jo lah.


inilah antara makanan yang disediakan untuk para hadirin yang hadir, sebenarnya banyak lagi makanan yang disediakan tapi aku ambil gambar yang ni aja.


antara aksi aksi bloggers tengah mengambil makanan. aku saja jer amik makanan last last coz nak curi curi amik pic bloggers tengah ambil makanan macam mana.... semua khusyuk mentelaah makanan apa yang disediakan
KAK INA KL pula sambil cedok makanan sambil tangkap gambar makanan tuh.


orang lelaki biasa la lepas makan mesti nak pekena rokok sebatang dua baru boleh hadam makanan.
ahahhahahahahaaa..
waktu aku tengah menghisap rokok kat luar tetiba aku nampak Abang Nara keluar ingatkan nak pergi mana
rupanya dia pergi kedai TUJUH - SEBELAS beli rokok. sangap katanya lepas makan tak pekena rokok.


ini la permainan yang dinamakan "Murder Mystery games" ke apa namanya tah
cara nya kena carik sapa pembunuh kejam tuh
ala ala citer CSI la kat dlam chanell Astro tuh la
diaorang cuma bagi klue aja pastu peserta kena la carik sapa pembunuh tuh.


aku, sigilatv, Hafiz, MatJoe & aus joint games ni tapi kitaorang kalah tak dapat apa da..
tapi xpa yang penting tetiba jer kitaorang jadi cam dah lama kenal walaupun sebelum ni tak pernah jumpa kan.


ini lah aksi lucah yang dilakukan oleh pelakon tuh, sebenarnya mereka tengah flashback punca kematian tuh
tgk la tuh memasing angkat tangan nak amik gambor. dan pemenang games ni adalah seorang Chinese Blogger
aku tak ingat sapa dia.


waktu nak balik tuh kitaorang terserempak pulak dengan MAK MERAH apa lagi memasing sibuk la nak bergambar dengan MAK MERAH yang popular tuh, tapi sayang waktu dia orang nak amik pic ngan MAK MERAH la camera aku bateri kong pulak. nasib baik dapat amik 2 keping pic depa ngan MAK MERAH.biasalah kalau dah abistuh kalau tak amik pic bersama memang tak sah bagi bloggers semua, kitaorang pun dengan selamba badak sumbu sumatera pergi amik gambor kat signboard MODESTO's tuh.


kepada semua sorry la yer kalau aku ada terkasar bahasa yang buat korang kecik hati waktu arituh
bagi aku HADIAH yang aku dapat adalah persahabatan yang kian (bukan lagu kian nyanyian mawi tuh ar) bertambah sejak aku memBLOGkan diri aku.
terima kasih kepada pihak NUFFNANG

9 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

salam deydeq...nnt kalau free anta gambo lagey eyh...

suterablogger@gmail.com

Unknown berkata...Best Blogger Tips

salam daydeck..amboi kamu ni..panggil akak ketua kumpulanlah pulak..sabo ajerlah..
memang betul...tak monang pun tak apo..janji happy sebab dapat lepaking dan pot pet pot pet dengan member blog...jang hantarkanlah gambar akak kat email yer..akak tengah sabar menanti tau..

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

tak per la kak jadi ketua kumpulan
popular tuh..... nanti den hantar dlam tgh hari sket kak tgh kumpul email member jap....

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

Hi daydeck,

comel gak ko label kan aku si gilatv ek!
nanti mintaklah tolong sesgt forward la gambo cikLilyPutih aka sigilatv nie ke email aku.
ciklilyputih@mombloggersplanet.com
Lagi satu aku ade cilok gambo kat blog ko nie tadi, mintak halal ye

Matjoe berkata...Best Blogger Tips

awesome enrty. hope ko bleh menang. aku gambar tak cukup laa.bleh wat enrty biasa2jer laaa

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

hi MAE - comey apa sigilatv tuh sat agi den hantor pic tu yerk
cilok la den xdo hal la

MatJoe - insyaallah tapi tak mengharap pun coz aku menang dalam persahabatan kite semua
ehehehehehheheheh

Jard The Great berkata...Best Blogger Tips

nak gmbr.. =)

pls send to my emel
jardness[@]gmail[dot]com..

been nice meeting u there..

sWeEtDaRLinG berkata...Best Blogger Tips

pandai hang buekk gambo tecit2 takmo bagi kami curik erkk....

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

jard - okay tapi internet slow ler nk attach file pun payah

sweetdarling - den tak kodokot do nanti den send email yo...