Masyuk

Ahad, 13 Jun 2010

My Water Moments




Aku dengan air?
kehidupan aku dengan air memang tak boleh dipisahkan.
Air yang dimaksudkan adalah air laut, air sungai, air swimming pool dan sebagainya.
air yang dimaksudkan juga bukan "bil air TERTUNGGAK"
ahhahahahhahaaa


Setiap tahun kebiasaannya aku dan teman teman seperjuang akan meluangkan
masa untuk bercuti di Pulau2 di Malaysia (cuti cuti Malaysia) dan setiap bulan
aku bersama teman teman akan pergi ke kolam renang modus operandinya adalah
untuk bermandi manda, Bersenam, menghabiskan masa terluang dengan melakukan perkara perkara yang berfaedah.


Apabila bergembira mestilah mengabdikan kenangan tak kira dimana jua berada sama ada di daratan mahupun dilautan akan tetapi aku cuma ada kamera didaratan sahaja dan tak punya kamera dilautan nan indah sangat sedih rasanya. Alangkah baiknya jika aku mempunyai kamera untuk aku yang memang gemarkan aktiviti snorkling di lautan nan indah itu.
Gambar diatas ini adalah menggunakan kamera SLR aku tapi hanya boleh digunakan di daratan sahaja kalau kena air pasti enam jahanam jawabnya.


Tatkala aku bersama teman teman ingin mengabdikan gambar bersama teman teman sewaktu bersuka ria dilautan ataupun di kolam renang maka kami terpaksa meminjam kamera air dari orang lain akan tetapi hasil gambarnya tak secanggih kamera Sony TX5.


Korang tau kenapa aku cakap kamera Sony TX5 canggih?
Sudah terang lagi bersuluh, tengok je lah hasil gambar yang diambil dengan menggunakan kamera Sony TX5 diatas ni mesti korang nampak perbezaan gambar yang aku amik ketika bersuka ria dengan teman teman dan gambar yang diatas ni memang banyak perbezaankan.


ok lah aku bagi tahu serba sedikit tentang kamera
Sony TX5 ni


1. Warna yang menarik, terdiri daripada 5 warna iaitu Hijau, Merah Jambu, Merah, Silver, dan juga hitam.

2. Tahan lasak dan mudah digunakan tak kira dimana juga kita berada.

3. Kalis Air itu sebab aku memang nak kan camera ni sebabnya aku suka pergi main air.

4. Megapixelnya pula adalah 10.2, dah tentu gambar cantik dan terbaik dari ladang.

memang tak payah nak sangkal lagi kamera
Sony TX5 ni memang terbaik lah kalau korang nak tau lagi lanjut silalah lawat di laman web ini
http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5





p/s - sila abaikan gambar separuh bogel serta nenen aku itu.



2 comments:

cik helena berkata...Best Blogger Tips

woohooo teringin nak tgkap gamba dalam air!

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

ishk tak malu nampak nenen hehehehehe