Masyuk

Ahad, 14 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Puah Lembah



Uiksss hampir terlupa aku pasal
Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kampung Puah Lembah

baru baru ni. Pagi ni aku sesaja belek belek pic album aku
baru terperasan yang Sambutan Maulidur Rasul ni aku belum hapdet.

Macam kat Kampung Puah Lembah ni tetiap tahun akan
mengadakan sambutan Maulidur Rasul
tapi tahun ni aku tak dapat joint sampai abes coz aku kena
balik ke Seremban yang kucintai... ehehehehhee

Sambutan Maulidur Rasul ni bermula dari pagi
dimana orang kampung akan bergotong royong memasak
makanan yang akan dihidangkan dimalam hari.
dalam jam 6petang orang kampung mulai
berkumpul di lapangan berhampiran surau.
selepas itu kami akan berarak sambil berselawat
ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W.
beramai ramai.

Warga Kampung Puah Lembah berarak sambil berselawat
beramai ramai mengelilingi kampung


Suasana pengagihan "guddies Bag"

Wajah wajah anak anak KPL

Ini bukan idola kecil yer tapi
anak anak KPL sedang bernasyid sementara menunggu
waktu Maghrib.


Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Bowling.
aku ada update aritu pasal Bowling bersama warga KPL.
aku gerak lepas sesi penyampaian hadiah ni
kalau diikutkan majlis tamat sampai tengah malam
Selepas maghrib majlis diteruskan dengan Ceramah agama
dan tadarus Al-Quran selepas itu majlis disudahi dengan
sesi makan beramai ramai dan aktiviti memanggang
ikan. tapi sayang aku dah ada kat Seremban waktu tu.



p/s - semoga majlis seperti ini dapat dikekalkan supaya "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

cam Karam Singh Walia plak aku rasa.

3 comments:

Aus MeLankoLik berkata...Best Blogger Tips

kau berarak ke ambik gmbr je ni..

sonata anak kancil berkata...Best Blogger Tips

seronoknya bila majlis seperti ini...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Aus - dua dua la berarak, berselawat & ambil gambar

Kak SAK - memang menarik puun majlis sperti ini