Masyuk

Isnin, 22 Mac 2010

Teater Sri Mersing





Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan


Sungguh asyik lagu dendangan Allahyarhamah Datin Rafeah Buang
dalam filem Sri Mersing tapi kali ini lagu itu terus berirama dalam
Istana Budaya yang begitu gah tersergam di Kuala Lumpur.

Hari ini aku berkesempatan untuk menonton
Teater Sri Mersing yang diadaptasi dari karya asal
filem Sri Mersing yang telah dinobatkan
Filem Klasik Melayu Terhebat Sepanjang Zaman
yang dihasilkan oleh Allahyarham Salleh Ghani.

Teater Sri Mersing ini mengisahkan seorang anak muda
yang bernama Merah iaitu anak kepada Damak telah
singgah di Mersing selepas menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Riau
tanpa diketahui oleh ayahnya.
Perasaan ingin tahu dalam diri Merah mengenai bapanya
yang melarang beliau untuk pergi ke Mersing tidak dapat
ditahan oleh Merah, Merah cuma mengetahui yang bapanya
pernah ada hubungan dengan Sri Mersing.

Setelah sampai di Mersing Merah telah bertemu dengan
Pak Sireh lakonan Dato Mustafa Maarof dan membawa
Merah untuk bertemu dengan Sri Mersing.

Sri Mersing lakonan Seniwati Rosnani Jamil
menceritakan kembali mengenai hubungannya dengan Damak
kepada Merah. Sri Mersing juga menceritakan mengenai
nasib Damak bersama keluarganya iaitu Mak Tanjung dan Deli
yang hidup merantau di Mersing dan sering difitnah oleh
orang kampung terutamanya Awang Sulung lakonan Yus Raja Lawak
anak Penghulu Lanchang Kuning.

Sewaktu Merah di Mersing juga nasibnya
serupa seperti ayahnya juga iaitu difitnah oleh
0rang yang berkepentingan disitu seperti
Bentayan lakonan Rusdi Ramli
iaitu anak penghulu Mersing lakonan Abu Bakar Juah akan tetapi
orang kampung amat menyambut baik kedatangan
Merah ke kampung untuk melakukan perubahan di Mersing.
Akhirnya Merah juga mengikut jejak ayahnya untuk
pulang ke Pahang bak kata perpatah

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
lebihlah elok dinegeri sendiri.


Diakhir persembahan

Barisan Pelakon tambahan

turut dihadiri oleh pelakon asal
A. Galak - Penari
Datin Mariani - Sri Siantan
Dato Mustafa Maarof - Damak
Datin Rosnani Jamil - Sri Mersing

Sesi tandatangan barisan pelakon



Abu Bakar Juah sebagai Penghulu

Azizah Mahzan sebagai Mak Dara

Mellisa Saila sebagai Sri Siantan

Abd Mutaliff sebagai Deli

Dato Mustafa Maarof sebagai Pak Sireh

A. Galak sebagai Pak Malau

Ady Putra sebagai Damak 1870

Hairi anak wayang sebagai Merah1900

Leez sebagai Sri Melati 1900

Elly Mazlein sebagai Sri Mersing 1870

Datin Rosnani Jamil sebagai Sri Mersing 1900


bagi aku Teater Sri Mersing ni macam cerita Natrah jugak la
macam memperjuangkan CINTA & menunjukkan perbezaan
pangkat & darjat.
penting ker pangkat & darjat tu
korang pikirlah sendiri.



Salam Takziah diucapkan kepada jiran aku diatas pemergian
anakda tercinta kerahmatullah malam ini
tu pasal la aku sempat update blog aku kejap ni

3 comments:

Matjoe berkata...Best Blogger Tips

takziah kepada jiran ko.

pasal teater tu mmg menarik. cayalah ko bleh close up sorang2 pelakon teater tue

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

bro close up itu adalah teknik edit dari aku
ahahhahahahahahaha

intanurulfateha berkata...Best Blogger Tips

.mak ai mekap dieee