Masyuk

Jumaat, 25 Jun 2010

Tolong Diriku Ini



Salam 1Malaysia lagi kepada semua ekkk..
Aku nak mintak tolong kepada semua boleh tak kalau yang sudi & ikhlas la yerk.
ok... This coming puasa aku telah ditugaskan untuk organize satu event bersempena dengan bulan puasa yang mulia oleh department aku berkerja.
Aku mencadangkan kitaorang membuat event berbuka puasa bersama anak anak yatim/Warga Emas/ Orang Kurang Upaya/Melawat hospital kanak kanak salah satu la kalau semua tak larat & tak cukup budget der.
yang menjadi masalah nye aku ni mana pernah organize event besar2 cam ni lain la kalau bercuti ke Malaysia ataupun Indonesia aku boleh ler.
Bertambah plak dengan kerja yang agak melambak ni memang la kepala otak aku ni naik pusing nak,
Nak survey pulak tempat tempat berikut this weekend aku sibuk dengan kenduri pulak.
oleh yang demikian aku nak mintak jasa baik korang untuk membantu aku suggest tempat tempat berikut yang area Kuala Lumpur or area sekitar Bukit Jalil ni.
Kalau boleh dengan alamatnya sekali senang aku nak survey lagi satu tak yah la tempat2 yang agak popular sangat coz kalau dah popular mesti banyak orang dah bagi sumbangan kepada depa nih.
kalau boleh yang agak suam suam kuku je coz orang pun tak berapa nak bagi sumbangan kat depa nih.
mcam sebelum ni diaorang pergi berbuka, sembahyang terawikh, ceramah.Aktiviti tu memang akan follow cam biasa cuma tempatnya aja akan berubah kot.
Kalau korang ada cadangan jangan lupa share ngan aku yer,
Prosedur nyer pulak cam mana kita kena pergi ke
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ker.
its okay aku akan amik tugas ni sebagai satu cabaran dan semoga aktiviti ini akan berjalan dengan lancarnya.

2 comments:

Matjoe berkata...Best Blogger Tips

bukak kt umah kak ina jer laa,
aku bleh menyamar jadi anak yatim

Aus MeLankoLik berkata...Best Blogger Tips

bersama warga emas .