Adakah benar Nuffnang bersifat sedemikian rupa iaitu RACIST yang sedang hangat diperkatakan oleh para sebahagian Blogger di blog masing-masing malah di TWITTER juga?
Ini adalah pendapat aku mengenai Nuffnang yang bersifat RACIST terhadap para blogger yang mendaftar dengan peneraju komuniti pengiklanan blog tersebut :-
1. Bagi aku Nuffnang tidaklah RACIST kerana bukan blogger cina sahaja yang menang dalam semua pertandingan yang diadakan blogger melayu juga ramai yang pernah merasa habuan dari pertandingan atau peraduan yang diadakan contohnya Eyriqazz, Kak Ina KL, dan Teh Tarik yang pernah memenangi ganjaran yang telah dijanjikan.
2. Jikalau Nuffnang mempunyai sifat RACIST mungkin aku tak pernah dapat joint dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihaknya tapi sebaliknya aku juga tak ketinggalan untuk menyertai aktiviti yang diadakan antaranya Nuffnang Sharing Session, LG Cookie Monster Party, Break Free with DIGI Party, Berbuka Puasa Di Apartment, KLCC dan sebagainya.
3. Tiket tayangan perdana wayang juga selalu aku dapat dari Nuffnang malah bukan aku sahaja tapi Cik Lily Putih, Kak Ina KL, Kak Tasha, Eyriqazz, Bean Moreno dan ramai lagi blogger melayu yang dapat adakah ianya RACIST.
4. Pemenang pertandingan bukanlah dipilih oleh pihak Nuffnang akan tetapi Pihak Pengiklan yang memilih para pemenang ianya di confirm kan oleh Robb dari Nuffnang sewaktu Nuffnang Sharing Session tempoh hari.
5. Nuffnang juga "tidak pilih bulu" kalau Nuffnang bersifat demikian sudah pasti blogger yang terkenal sahaja yang dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dan blogger picisan macam aku ni tak kan dapat merasa menyertai aktiviti berkenaan kerana blog aku ni cuma picisan sahaja tak punya "hits" yang banyak.
6. Pengiklan juga sudah pasti memilih blog yang mempunyai entry yang menarik mengenai produk mereka tak kan lah mereka akan pilih entry yang "sekadar di pinggiran".
kalau korang sebagai pengiklan sudah pasti korang nak yang TERBAEKKAN.
7. Kalau difikirkan blog aku ini juga seperti "hidup segan mati tak mahu" juga akan tetapi aku masih mendapat Buffered Earning dan juga Meterred Earning.
8. Beutifulnara, Eyriqazz, Darkbatman, RedMummy, Jejai mereka semua mendapat advertorial dari Nuffnang macam mana nak cakap yang Nuffnang itu RACIST
Memang tak pantas untuk aku bersuara didalam blog aku ni kerana aku bukannya blogger yang terkenal lagi popular tapi ini cuma sekadar pandangan aku mengenai sebilangan kecil blogger yang cakap Nuffnang bersifat RACIST terhadap blogger.
Tak ada apa yang aku nak bebelkan kat sini cuma sebagai peringatan kepada kengkawan semua kalau tak ada rezeki kita nak buat macam mana. semua orang tak kira agama akan percaya Rezeki kita datangnya dari TUHAN bersyukurlah kepada nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
*entry ini tiada niat untuk mengutuk blogger yang berfikiran yang Nuffnang bersifat RACIST tapi cuma untuk kita belajar mengkaji dan menyelidik bukan cuma untuk berkata ataupun mengutuk tanpa usul periksa
* entry ini juga bukan untuk membodek Nuffnang kerana aku tak pandai nak bodek membodek ni harap maklum
4 comments:
alahai timbul gk ke isi tu kat alam blog nih..nak wat cmana kan, memang susah nak puaskan hati semua orang nih..
rasis adalah bahaya.... semoga semuanya dh kembali tenang....
memang manusia ni suker ada penyakit hasad dengki. sabar ajerlah
oit semua org citer pasal nie jelah. aku malas lah nak citer..
Catat Ulasan