Dalam berblog ni "Kata Kunci" amatlah penting sebenarnya tapi macam aku malas nak fikirkan semua itu bak kata Cik Lily Putih aku dengan dia berblog semua main redah jer janji ada update entry kat blog.
Mungkin sesetengah blogger terutamanya otai-otai blog akan cakap Blog Bukan Tempat Untuk Kita Syok Sendiri akan tetapi realiti nya aku ni tak reti nak madah berhelah bagai. Semuanya aku main redah jer.
Kata Kunci memainkan peranan penting macam hari ini setakat jam 10 malam blog aku menjadi hits tak pernah blog aku mencecah lebih dari 100 pengunjung sehari akan tetapi selepas aku post entry yang bertajuk Jadual Berbuka Puasa 2o1o & Tarikh Melihat Anak Bulan 1431h terus mendapat ramai pengunjung yang singgah ianya melebihi 850 pengunjung untuk hari ini sahaja.
Selain kata kunci memainkan peranan Isu Semasa juga dapat membantu sesebuah blog itu dikunjungi oleh orang ramai. Macam hari sebelum itu aku ada post entry mengenai Seniwati Mariam Baharom Meninggal Dunia? juga mendapat hit yang memberansangkan kerana semalam hampir 247 orang yang menyinggah ke blog picisan aku ni.
Terima Kasih kepada mereka yang sudi singgah di blog picisan aku ini.
Kata Kunci / Keywords
p/s - Di malam bulan Ramadhan yang mulia ini terkenang Arwah Emak aku, Semoga Allah S.W.T. memncucuri rahmat dan hidayah kepada Allahyarharmah Azizah Binti Sulaiman.
3 comments:
aku pun banyak dpt unique visitor hari nie.. pelik betullah.. tapi bagus jugak, kasi redah je..
fuhyoo.. kalau la aku tau awal2.. haha..
MOHD KHAIRUDDIN, THIS IS YOUR MUM
kena seo, memg mencanak la naik..hehehe
Catat Ulasan