Masyuk

Jumaat, 20 Ogos 2010

Mengharap Sumbangan Anda Yang Ikhlas






Salam Ramadhan yang mulia dan diberkati oleh-Nya. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini tempat aku bekerja akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal dialamat Rumah Nur Hikmah Lot 1552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan pada 26hb Ogos 2010 (Khamis). Rumah Nur Hikmah tersebut mempunyai 62 orang anak yatim dan 9 orang ibu tunggal.


Aku salah seorang daripada ahli jawatan kuasa majlis tersebut ingin mencadangkan sekiranya ada dikalangan kawan-kawan yang berhasrat untuk bersedekah dan memberi sumbang kepada anak-anak yatim akan tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya bolehlah sekiranya ingin meminta bantuan dari aku untuk menyampaikanya kepada rumah anak yatim seperti yang aku nyatakan diatas.




Dengan nama Allah s.w.t. aku cuma hendak membantu kawan-kawan yang tidak berkesempatan untuk menyampaikannya kepada mereka yang memerlukan tiada niat untuk menipu, menyeleweng atau sebagainya dan aku juga "tidak mahu menyalakan api didalam perut aku diakhirat kelak" kerana memakan harta anak yatim adalah berdosa bersar.


Bentuk sumbangan pula adalah terpulang kepada kawan-kawan yang ingin memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, pakaian baru, pakaian terpakai tetapi bersih dan boleh dipakai makanan dan sebagainya. Jikalau kawan kawan memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit aku akan sampaikannya dalam bentuk wang ringgit juga aku tidak akan menukar wang tersebut kepada barangan, Selain itu kawan-kawan juga boleh memberikan sumbangan seperti "goodies bag" seperti peralatan sekolah, peralatan sembahyang dan sebagainya.

Cara-cara untuk menyumbang wang adalah dengan cara bank in ke akaun aku dan aku akan publish bukti berapa ringgit yang korang hendak sumbangkan didalam blog picisan aku ini atau kawan-kawan boleh jumpa terus kepada aku kalau kawan-kawan hendak menyumbangkan barangan pula aku boleh buat collection dari kawan-kawan (area Kuala Lumpur jer la). Sebarang pertanyaan kawan-kawan boleh la email terus kepada aku di alamat email daydeck86[at]gmail[dot]com

Sekiranya kawan-kawan ada yang berminat untuk memberikan sumbangan bolehlah dibuat sebelum 25hb Ogos 2010. Semoga hasrat murni kawan-kawan dapat direalisasikan dengan cara begini dan tiada paksaan dari aku. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.




p/s - Tempat aku berkerja tak suruh pun buat collection ni tapi aku nak membantu kawan-kawan yang tak berkesempatan jer.

- Semoga sumbangan dari kawan-kawan dapat meringankan beban anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah tersebut.




0 comments: