Bangkinang adalah sebuah daerah yang terletak di Kampar, Pekanbaru, Indonesia. Hari Raya Puasa Enam atau lebih popular dengan nama Hari Raya Ziarah (Hari Raya Zorah). Kebiasaannya Hari Raya Puasa Enam ini disambut setelah selesai menunaikan puasa sunat selama enam hari dan selalunya disambut seminggu selepas hari raya Aidilfitri.
Acara dimulakan seawal jam 7 pagi lagi dimana kaum keluarga akan bersama-sama ke kubur ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu untuk membaca Surah Yassin dan berdoa beramai-ramai. Setelah itu kaum lelaki pula akan berarak dari satu kubur ke kubur yang lain untuk berdoa secara beramai-ramai dengan diketuai oleh imam. Sepanjang perjalanan ke kawasan perkuburan ramai orang akan bersedekah selalunya air kotak dan buah-buahan untuk diminum sepanjang perjalanan. Kaum ibu pula akan sibuk dirumah untuk menyediakan makanan yang akan dibawa ke lapangan ataupun padang untuk dimakan bersama-sama. Setelah selesai berarak dari satu kubur ke kubur yang lain dan makan berjambau di lapangan orang ramai akan ke rumah kaum keluarga untuk menziarah antara satu sama yang lain.
Suasana ditanah perkuburan setelah selesai berdoa.
Berarak dari satu kampung ke kampung lain.
Kaum ibu menyediakan makanan dan menghantar makanan ke lapangan untuk dimakan bersama dengan cara menjunjung jambau.
Berarak dari satu kampung ke kampung lain.
Kaum ibu menyediakan makanan dan menghantar makanan ke lapangan untuk dimakan bersama dengan cara menjunjung jambau.
p/s - Jambau adalah dulang
- dah 3 tahun aku tak merasa berhari raya ziarah ni
- adakah raya haji ni aku balik ke Bangkinang dah rindu dengan Kampung tapi kalau duit tak mencukupi nak buat cam manakan.
- dah 3 tahun aku tak merasa berhari raya ziarah ni
- adakah raya haji ni aku balik ke Bangkinang dah rindu dengan Kampung tapi kalau duit tak mencukupi nak buat cam manakan.
0 comments:
Catat Ulasan