
Salam Takziah diucapkan kepada
Eyriqazz diatas pemergian ayahda tercintanya ke rahmatullah hari ini. Aku perasan yang
Eyriqazz ada update status di twitter beliau pada hari ini lantas terus aku sms kepada
Eyriqazz menanyakan hal sebenar tapi sampai sekarang masih belum dibalasnya mungkin kerana beliau sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya di Terengganu. Diharapkan beliau, Isteri dan anaknya selamat pulang dan selamat kembali dari kampung nanti. Semoga
Eyriqazz dan keluarganya juga tabah dan redha dengan ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dari Allah S.w.t. kita datang dan kepada Allah S.w.t. jugalah kita kembali.
0 comments:
Catat Ulasan