Selamat malam semua, amik ko pagi ni aku nak gebang pasal Bangkinang lagi. kali ini aku nak gebang pasal Pasar Bangkinang pulak. Pasar Bangkinang ni kira cam pasar tradisional la tak berapa nak moden nyer kat pasar ini. Orang ramai akan ke pasar pada hari Rabu kira kalau kat Malaysia ni macam Pekan Rabu la kot. Dari rumah mak cik jenab nak ke pasar biasanya kami naik beca tapi orang sana panggil BECAK bukan BECAK selepas hujan tu. Sewaktu disana aku tak sempat ke pasar pada hari Rabu sebabnya hari Rabu tu adalah Hari Raya Aidiladha tapi ada separuh tempat disana telah meyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Selasa.
Suasana di Pasar Bangkinang dipenuhi dengan kenderaan terutamanya motor & Becak.
Suasana didalam pasar peniaga sedang menjual barangan.
Sedang membeli antara makanan tradisional orang Bangkinang adalah keropok tujin.
Bentuk keropok tujin ni macam cakar ayam kat sini tapi rasanya tawar dan masin kerana tidak disira dengan gula merah.
Sedang membeli Ikan Lomek kering untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Ikan Lomek kering tengok bentuk macam ikan masin pun ada harga ikan lomek ni adalah
65 ribu rupiah sekilo.
Tradisional kat sana nak save duit elektrik kisar air batu secara manual kat sini sorang dua jer masih menggunakan pengisar sebegini itupun mamak jual cendol guna basikal yang gunakan.
Ini adalah ess tebak lebih kurang macam Air Batu Campur kat sinilah tapi kelebihan ess tebak ni adalah makan dengan roti dan tapi ubi sedap wooo....
Sila abaikan model tak berbayar aku ni.
Gorengan ini lebih kurang seperti gerai goreng pisang kat sini ler.
Kalau kat Malaysia orang paggil apam balik tapi kalau kat sana orang panggil murtabak. Sedap juga apam balik kat sana sebabnya mereka menambah pulut hitam yang telah dimasak.
Ikan silai salai dan ikan baung salai yang dijual dengan harga 130 ribu rupiah sekilo, memang sedap dimasak gulai dengan pucuk ubi ataupun di goreng berlada.
Keropok jangek ni memang aku suka kunyah ianya dihasilkan dari kulit kerbau korang mesti tak pernah makan keropok jangek ni.
Dah penat ke pasar beli ramuan untuk memasak dirumah sampaikan nak masak gulai pun beli ramuan sampai kat rumah tinggal tumiskan jerk.
Kuih bahulu dibeli untuk dibawa ke rumah saudara yang akan mengkhatankan anaknya.
Sebelum balik ke rumah singgah makan sate padang dahulu.
Inilah dinamakan BECAK model-model tak berbayar aku sedang bargaya
p/s - mesti korang muak pasal Bangkinang ni.
2 comments:
Wahh..dasyat bro..model-model lawa pulak tuh..hehe
seru sangat jalan-jalannya bang
Catat Ulasan