Masyuk

Isnin, 15 November 2010

Proton Juara APRC 2010 China





Memang tak perlu disangkal lagi produk keluaran Malaysia boleh mengharumkan nama negara Malaysia. Terbaru Proton Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Alister McRae bersama Chris Atkinson telah berjaya menjadi JUARA dan NAIB JUARA didalam perlumbaan Asia-Pasific Rally Championship 2010 (APRC2010) di China untuk pasukan Proton R3 Rally Team.





Dengan kejayaan ini Proton menduduki tempat kedua dalam kategori pengeluar dan sekali gus mengatasi Subaru manakala Mitsubishi ditempat pertama. Selain itu Alister McRae juga telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori Pemandu yang sebelum ini Alister McRae menduduki pada tempat yang ke empat.





Setelah 5 tahun berehat didalam arena perlumbaan APRC ini Proton telah menghantar Pasukan R3 Rallt Teamnya dan telah meraih beberapa hadian antara kejayaan Proton di APRC2010 yang juga perlumbaan APRC2010 terakhir pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  • Kategori Pengeluar Terbaik
Naib Juara
  • Kategori Pemandu Terbaik
Tempat Ketiga - Alister McRae


Pada tahun ini juga Proton juga telah melengkapkan 5 daripada 6 perlumbaan APRC pada tahun 2010 ini antaranya adalah seperti berikut :-
  • Rally Malaysia
  • Rally of Japan
  • Rally of New Zealand
  • Rally of Australia
  • Rally of China
Manakala Rally of Indonesia pula terpaksa dibatalkan oleh FIA kerana faktor cuaca yang tidak sesuai untuk melangsungkan perlumbaan tersebut. Selain di China pasukan Proton Malaysia juga mendapat tempat kedua didalam perlumbaan Rally of New Zealand untuk Satria Neo S2000 yang juga telah melengkapkan Intercontinental Rally Challenge (IRC) bagi tahun 2010 ini. Antara pasukan pengeluar terkemuka yang bersaing dengan Proton Satria Neo S2000 adalah :-
  • Peugeot
  • Skoda
  • Citroen
  • Volkswagen
  • Ford
  • Abarth Fiat
  • Honda
  • Mitsubishi
  • Subaru


Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad


Itu kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holding Berhad
Manakala kata saya pula adalah seperti berikut.


Sebagai rakyat Malaysia saya bangga dengan Proton kerana telah dapat membuktikan kepada mata dunia bahawa Negara kita Malaysia juga boleh meraih apa yang negara luar yang jauh lebih membangun untuk berjaya dan mengharumkan nama negara.



gambar dan info dari http://www.fiaaprc.com/news/2010-aprc-china-rally-proton-on-the-podium-and-cusco-take-the-asia-cup


3 comments:

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

apesal semua buat story psl proton nih?

dpt duit ke? apesal aku tak tau?? dem dem dem

AJ berkata...Best Blogger Tips

congratz proton...

sila tuntut hadiah http://www.eyriqazz.com/2010/11/pemenang-hadiah-kategori-2like-facebook.html

Unknown berkata...Best Blogger Tips

bestnya sebab bendera malaysia berkibar di sana