Masyuk

Selasa, 14 Disember 2010

Kenduri Di Bangkinang





Selamat malam semua malam ni aku nak update pasal Bangkinang lagi korang mesti cam dah menyampahkan tengok blog picisan aku mesti cerita pasal Bangkinang tapi apa boleh buat aku terlupa nak cerita pasal aku telah berkesempatan pergi kenduri khatan salah seorang saudara kat sana rasa rugi pulak tak berkongsi cerita dengan orang yang berminat.


Tak banyak beza kenduri khatan disana dengan disini, Anak yang hendak dikhatan akan dipakaikan pakaian yang cantik umpama anak raja kemudian dibawa berarak dengan paluan rebana kalau orang sana panggil berdikiu.


Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai lauk antaranya adalah Taucu kacang panjang, Rendang Kerbau, Sambal Hijau, Ikan Tapah masak pongek, acar nenas, gulai concang.



Diperkarangan rumah pula ada disediakan band caklempong waktu aku sampai tu mereka sedang memainkan lagu Tak Tontong Kalamai Jaguang.


Seperti kebiasaan kalau ada kenduri kami mesti membawa mangkuk tingkat ataupun mangkuk sia yang diisi dengan Gula, Kuih bahulu, Telur, minyak sebagai buah tangan kepada tuan rumah.



OTW nak balik rumah kami singgah di rumah salah seorang teman disana yang melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.


Orang sana kalau kenduri kahwen tak guna meja makan banyak aku rasa susah kalau makan tak ada meja ni.


Model tak berbayar sedang bergaya di rumah kenduri orang kahwin disana.


Grand juga kan meja mengambil makanan kat sana kat sini xda kot cam meja buffet yang ada bunga-bunga cam tu.


Meja undangan yang baru sampai disediakan tabung untuk kita bagi sumbangan dan mencatit kehadiran para tetamu.


Hampir setiap orang yang hadir akan datang dengan buah tangan terutamanya pengantin itu adalah saudara mereka.



p/s - korang agak aku kawen nanti buat kat sana ker... hahahahahhaaaa


2 comments:

Sharinginfoz berkata...Best Blogger Tips

meriah gak majlis kahwin ni

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

memang meriah la bro.. duit pun meriah gaks