Salam Ramadhan semua, Biasalah dugaan yang diberikan kepada hamba-Nya yang kerdil. Aku tak tau nak cerita macam mana. Semalam 24hb Ogos 2011 bersamaan hari Rabu aku pergi kerja di Menara ICON, Jln Tun Razak dengan bersemangat membawa Biskut yang ditempah dari Kak Ina KL untuk diberikan kepada orang yang menempahnya. Macam biasa sampai terus parking motor dibelakang banggunan kerana "banggunan pejabat nombor satu di Malaysia" ini kerana "banggunan pejabat nombor satu di Malaysia" tersebut tidak mempunyai parking motor di dalam banggunan yang mempunyai keselamatan seperti banggunan-banggunan lain yang terdapat di Kuala Lumpur ini. Di bulan Ramadhan ini waktu berkerja aku dari jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Waktu pulang aku membawa 1 kotak Biskut Shortbread untuk pelanggan di rumah tapi malangya motor buruk yang banyak berjasa kepada aku dengan nombor pendaftara WMT 356 telah hilang. Aku pun terus pergi berjumpa dengan pengawal keselamatan yang bertugas korang tau apa ayat keluar dari mulut pengawal keselamatan itu "KAMI TAK JAGA MOTOR KAMI CUMA JAGA BANGGUNAN SAHAJA, KALAU BANGGUNAN LAIN PUN MACAM TU JUGA MALAH KALAU KAT TEMPAT PARKING BERBAYAR" kalau korang benggang tak kalau dengar macam tu. Oklah kalau korang cakap macam tu kenapa waktu gempa bumi tempoh hari BANGGUNAN YANG KORANG JAGA TU BERGEGAR TAK ADA SIREN KESELAMATAN & TAK ADA PULAK PENGAWAL KESELAMATAN YANG DATANG PANGGIL KAMI UNTUK TURUN DARI BANGGUNAN. Manalah tau orang-orang kuat Menara ICON atau Mah Sing group terbaca kat blog aku ini tolonglah fikir-fikirkan keselamatan aset pekerja-pekerja yang berkerja di Menara Icon ini walaupun kami cuma menyewa di "banggunan pejabat nombor satu di Malaysia" kalau tak silap aku dengan aku sudah 3 motor pekerja hilang dalam masa 6 bulan.
kalau korang ada nampak motor aku
HONDA EX5
HITAM
NO PENDAFTARAN WMT 356
Tolong inform aku secepat mungkin ekk
HONDA EX5
HITAM
NO PENDAFTARAN WMT 356
Tolong inform aku secepat mungkin ekk
dugaan demi dugaan.....
7 comments:
sian hang.. sabo2
SABOR LAAA YEA.. DUGAAN...
ko terajang je pak guard jahanam tuh.. ada ke dia boleh cakap cam tu..ishk melampau sungguh lah
dugaan tu ..dah report polis ker belum?
cian ko kan
pernah ada kawan hilang motor kat kampung baru tapi kejap je leh cari
dia round2 kat sana sekali jumpa motor tu balik..pencurinya ialah pak guard
Adeyyy sudah.. EX5 barang panas bro, gua suspek sindiket motor punyer kerja nie..nak jumpa mgkin susah bro..silap-silap motor dah kena cerai berai..sabau jerlah ej
Dugaan yg datang tu semua ada hikmahnya....berdoalah agar motor awak dijumpai semula...anyway aku pun rasa sedih dgn kejadian tu...
Catat Ulasan