Malam tadi aku berkesempatan pergi ke "Monday Night Talk" dengan tajuk "Bila Cinta Bertasbih" di Dewan Gemilang, BMI, UIA. Panel jemputan adalah Ustaz Kamal, Ustaz Zulkifli, Sham Kamikaze, Wardina Safiyah dan juga Irma Hasmi. Monday night talk ini adalah anjuran Ikatan Studi Islam, BMI. Aku pergi ngan Adham naik motor jer sebab dekat ngan rumah kitaorangkan. Itupun selepas member kami Aisyah mendapat jemputan dari Ustaz Zulkifli Ahmad melalui facebooknya. Memandangkan UIA tu dekat dekat dengan rumah kami lagipun member-member aku ni memang follower Ustaz Zulkifli ni sebab cara beliau menyampai ceramah tidak bosan dan tak kering gusi dibuatnya.
Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap dan ianya akan menjadi lebih parah itu adalah antara kata-kata dari salah seorang ahli panel pada malam tadi.
Ustaz Zulkifli dengan lagu Cinta Kristal
Ustaz Zul dengan lagu Luhur dari kumpulam Kamikaze diakhir program tersebut.
Antara lagu-lagu yang mempunyai makna yang tersirat dengan cara tersendiri untuk menarik minat anak muda untuk menyertai program keagamaan yang dianjurkan.
0 comments:
Catat Ulasan