Masyuk

Rabu, 7 September 2011

Kenapa Aku Nak Joint My Selangor Story 2011




Salam semua, Aku tertarik nak menyertai "My Selangor Story" yang bakal diadakan tidak lama lagi. Bukan senang untuk menyertai pertandingan "My Selangor Story" sebab memerlukan ketahanan fizikal & mental lagi pula pertandingan ini adalah pertandingan yang diadakan setiap tahun.

Tujuan aku hendak mengambil bahagian didalam pertandingan ini adalah
1. aku turut ingin membantu mempromosikan Negeri Selangor kepada semua walaupun aku tidak dilahirkan di Negeri Selangor.

2. Aku ingin mendapatkan ilmu berupa fakta yang diberikan tidak cuma sekadar mendengar cerita dari orang lain.

3. Mengembara juga adalah antara yang aku minat untuk menambahkan ilmu dan pengalaman bak kata pepatah " Jauh Perjalanan Luas Pemandangan"

4. Aku ingin memperbaik skill mengambil gambar terutamanya untuk mengambil gambar-gambar menarik di sekitar Negeri Selangor seperti di Sabak Bernam, Bukit Melawati dan sebagainya.

5. Tertarik dengan pelbagai agama, adat, budaya dan juga kepelbagaian kaum di Negeri Selangor antaranya adalah Jawa, Banjar, Rawa dan sebagainya.


Minta-minta aku dapat joint pertandingan "My Selangor Story" ini walaupun aku terlambat buat entry.


2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

okey bro... aku dah kasi my vote for u laaa

Bella Enveeus berkata...Best Blogger Tips

Good luck! :)