Masyuk

Selasa, 30 Oktober 2012

Family Gathering AidilAdha 2012




Salam semua,
Selamat bekerja memasing yer. Hari Ahad lepas keluarga aku mengadakan "Emergency Family Gathering" dekat Kampung Pandan, Kuala Lumpur iaitu dekat rumah kakak sepupu aku. Memang selalunya buat kat situ sebab kawasan yang lapang sebab senang nak berkejar-kejar katanya.  Terakhir kami mengadakan pertemuan keluarga bulan february KLIK SINI yang lepas sepatutnya kami adakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali tapi dek semua sibuk belaka tak dapatlah kami "bergather together" katakau. Kali ni ada ramai sikit yang dapat datang akak aku yang dari Seremban yang tak pernah dapat join pun dapat datang waktu hari tu. 


 
 
 Sampai je makanan dan minuman semua dah disediakan apalagi mencekik ler gamaknya



 
 
 
 
 
 
 
Antara menu yang disediakan dan dibawa oleh tetamu yang hadir.

Dah agak petang sket tu masing-masing bersukan dan bersenam ko tengoklah akak aku sorang tu siap main bola sepak lagi.


Yang bapak-bapak just melepak kat tepi tu tengok akak-akak aku main bola sepak tu.


 Lepas tu adalah sikit mesyuarat keluarga tu Pn. Penasihat sedang memberi ucapan dan nasihat kepada waris-warisnya. Aku sebagai bendahari pun kenalah bentangkan belanjawan keluarga yang dikutip setiap bulan.



Sebelum balik ambil gambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan.


Dah nak balik pun sempat gosip lagi masing-masing.


Nak jugak melompat bagaikan.

0 comments: