Salam semua,
Hari ni macam rajin sikit nak update blog serabai aku ni padahal cerita dah lama sejak dari hari Malaysia hari tu lagik tapi baru hari ni aku nak update. Kenduri kahwin ni buat secara gotong royong kat Wangsa Maju, kalau kenduri kat Wangsa Maju ni rumah keluarga atan tuya n keluarga mak cik siti memang aku tak boleh lari punya dah macam keluarga aku sendiri wey rapat sejak kecik lagi kalau rumah orang lain memang idaklah teman bermati matian buat kerje nyer wey. Sejak dari hari Jumaat lagi aku dah berkampung kat Wangsa Maju tu.
Hari Jumaat waktu lunch time lari gak tengok orang bakar lemang aku tak tolong pun cuma tolong makan dengan tolong tengok jer.
Balik kerja lepas mandi g lagik rumahnya tolong buat hantaran pulak katanya hantaran langsung tak buat lagik padahal dah nak hari langsung dah tu dekat jam 4pagi baru aku balik rumah tido.
Antara hasil kerja keras tangan aku tolong buat hantaran last minit.
Tup tup hari langsung baru cakap tak ada orang buat lauk pengantik tak pasal-pasal aku jadi bidan terjun lagi wey nasib baik aku pernah tolong arwah emak buat lauk pengantin dulu pastu boleh pulak tak amik gambarkan
0 comments:
Catat Ulasan