Finale dengan lagu joget 106. Pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu, pura pura binggung hati didalam rasa digaru.
Paduan suara Ziana Zain dan Bob Yusoof.
Salam semua,
Malam minggu lepas aku berkesempatan pergi menonton Konsert Nusantara 2013 di Istana Budaya. Aku pergi pun sebab dapat tiket percuma untuk menonton Konsert Nusantara pada hari terakhir itu. Konsert yang bercirikan kebudayaan antara dua negara iaitu Negara Malaysia dan Negara Indonesia.
Pada malam terakhir itu antara artis yang membuat persembahan adalah Dato M. Nasir, Ziana Zain, Yanzeer dan Bob Yusoof manakala artis dari Indonesia pula adalah Endang S Taurina dan Elly Kasim yang popular dengan lagu Ayam Den Lapeh.
Persembahan memang cukup bertenaga daripada artis kedua-dua negara memang terbaek persembahan mereka yang diselitkan dengan lagu evergreen mereka sendiri antaranya Endang S Taurina dengan lagu Apa Yang Kau Cari, Elly Kasim dengan lagu Bugih Lamo, Dato M. Nasir dengan lagu mentera Semerah Padi dan Ziana Zain dengan lagu Puncak Kasih.
Last sekali semua nyanyi lagu rasa sayang eyh semua penonton disuruh berdiri dan berjoget sama.
Nak balik pulak tu terjumpa pula Elly Kasim dekat parking aku pun terus nak bergambar dengan beliau bukan senang nak bergambar dengan lagendaris minang ni lagi pun ini kali kedua aku jumpa in person Elly Kasim ni sama pulak dua-dua kali aku jumpa dia pakai baju sama warna hijau mungkin Elly Kasim ni memang minat warna hijau agaknya tak caya cuba KLIK SINI
2 comments:
Waaah, kita dapat pi masa hari pertama time pelancaran. Ada Menteri .
@YaNa Yassin untonglah tak hajak g waktu hari pertama tapi memang best gak ler
Catat Ulasan