Masyuk

Jumaat, 5 April 2013

Pilihanraya VS Dosa



Salam semua,
Sejak dua menjak ni pada pandangan akulah semakin lambat pilihanraya semakin banyaklah dosa yang bakal ditanggung oleh umat manusia terutamanya di Negara Malaysia tercinta ini. Aku bukan apa, sebenarnya aku pun tak suka juga nak berbahas pasal politik dalam blog aku ni tapi bila ditengok balik memang benar apa yang aku cuba sampaikan ni.

Cuba korang bukak akaun facebook korang tiap-tiap hari ada jer sumpah seranah pasal politik kat sana tak kira dari mana-mana parti politik baik dari sayap kiri mahupun dari sayap kanan kadang-kadang tu naik menyampah pulak rasanya melainkan apa yang diupdate tu ada bukti yang sahih itu aku boleh terima. Ada tu pasal video seks bagai yang dipost dekat facebook tu fikirlah sikit facebook tu bukan orang tua je yang guna budak-budak kecik sekarang pun dah pandai menggunakan facebook tu kalau budak-budak tu tengok video tak senonoh tu, aku rasa depa tak hairan pasal politik tu tapi depa akan ghairah menonton video yang tak bermoral tu. Ada tu ada gak pengikut yang terlampau fanatik sampai sanggup bertekak tak kira dengan teman- teman dan saudara mara dialam maya tu, korang rasa elok sangat ke benda-benda macam ni berlaku semata-mata cuma pasal mempertahan fahaman politik masing-masing sahaja. Korang rasa berdosa tak kalau bergaduh-gaduh semata-mata sebab mempertahankan parti politik masing-masing? Sendiri mau jawablah.

Memang betul aku bukan seorang ustaz jauh sekali aku bukan tuhan nak 'menghukum' orang. Tak ada manusia yang sifatnya MAKSUM melainkan sifat Rasullulah s.a.w. akan tetapi kalau boleh dielakkan cuba-cubalah elakkan diri kita menambah dosa kering macam ni.

Macam aku senang je, aku buat hal aku jer sampai masa jari dicalit dengan dakwat kekal, lepas tu aku pergi pangkah apa yang aku nak pangkah dan last sekali balik tunggu keputusan yang diumumkan sahaja. Tak payah nak pening-pening kepala nak bergaduh-gaduh dalam facebook, twitter, instagram dan yang terbaru keek.

P/s - tepuk dada tanya hati... Nanti jawab hati undi adalah rahsia... Ehehheh post ni just fo share from my 2cents only.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments: