Masyuk

Khamis, 11 April 2013

Wawasan & Perjuangan



Salam semua,
Hari ini hujan lebat sangat jadi aku ambil keputusan duduk kat opis lama sikit sebab malas nak meredah hujan, lagipun ada kerja yang belum selesai biasalah dah tukar kerja ni tanggungjawab lebihlah sedikit. Alhamdulillah rezeki tahun baru semoga terus diberkati hendak-Nya.

Berbalik kepada tajuk post aku Wawasan & Perjuangan, kebetulan balik kerja tadi ada sesi soal jawab bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan perdana menteri Malaysia. Aku memang peminat kepada Tun M kerana pemikiran beliau yang cukup luas segala soalan yang diajukan kepada beliau memang dapat beliau jawab dengan mudah dan tanpa tergagap-gagap. Kalau hendak difikirkan memang susah untuk seseorang itu untuk berfikir secara tenang dan tepat seperti yang dijawab oleh mantan perdana menteri Malaysia tersebut. Kebanyakkan mereka akan menjawab secara membabi buta tanpa usul periksa tapi Tun M berkata melalui fakta.

Sebagai contoh mengenai sebahagian kaum cina dan kaum india yang mengatakan bahawa beliau racist terhadap kaum mereka dengan tenang Tun M menjawab "kalau orang melayu ada hak istimewa mereka juga ada hak istimewa untuk mereka, mana ada negara lain yang membenarkan mereka untuk mengunakan agama, bahasa dan budaya disesebuah negara yang mereka tinggal. Lagi satu mana ada negara lain yang membenarkan sekolah mereka seperti sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil di negara lain. Betul juga apa yang Tun M ucapkan tadi, sedangkan dekat sekolah Indonesia pun tak ada aku rasa menggunakan bahasa daerah contohnya sekolah di Kampar menggunakan Bahasa Ocu Kampar, sekolah di Padang menggunakan bahasa minang, sekolah di Yogyakarta menggunakan bahasa jawa semuanya menggunakan bahasa tercinta mereka iaitu Bahasa Indonesia dan satu info yang aku dapat waktu ke Padang Indonesia adalah semua papan tanda hotel ataupun kedai tidak dibenarkan menggunakan bahasa lain kecuali bahasa minang dan bahasa indonesia sahaja tapi mereka tak ada yang mengeluh yang di Padang itu racist terhadap kaum mereka, boleh je mereka menjalankan kehidupan dengan aman dan saksama. Jangan cakap kat aku negara mereka tak sama dengan Negara Malaysia, tapi yang korang samakan negara lain dengan Negara Malaysia boleh pulakkan.

Oklah aku tak nak membebel panjang lebar pasal politik ni sebab nanti ramai yang labelkan blog picisan aku ni blog politik kerajaan pulak padahal blog aku ni tempat aku berkongsi pengalaman dan pemikiran aku jer, yang baik dan korang boleh terima oklah yang xbaik dan xboleh korang terima jauhkan lah yer.

P/s - marilah mari kita mengundi... Undi anda adalah rahsia.........


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments: