Masyuk

Rabu, 22 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Puah Lembah



Salam semua,
Selamat hari rabu semua, Petang Sabtu yang lepas penduduk Kg Puah Lembah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Kg Puah Lembah. Sudah menjadi tradisi di Kg Puah Lembah untuk menyambut majlis maulidur rasul ini. Majlis bermula sekitar jam 5.45 petang penduduk berkumpul dihadapan pentas budaya untuk memulakan majlis yang kurang terdapat di tempat lain zaman sekarang ini. Tidak mengira usia masing masing turut sama memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul tersebut.



Lelaki, perempuan, tua mahupun muda semua memakai pakaian yang selari dengan aktiviti yang dijalankan.



Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum perarakkan dimulakan.



Comel anak-anak buah aku ni memakai tudung.




Siap dengan kain rentang tanda semangat penduduk Kg Puah Lembah dalam menyambut sesuatu program yang diadakan.




Walaupun cuma berarak disekitar kampung sahaja tapi majlis memang meriah dengan diiringi bacaan selawat dari penduduk Kg Puah Sendiri.




Alhamdulilah tahun ni dapat sikit sponsor dari ramai orang terutamanya dari penduduk Kg Puah Lembah sendiri untuk goodies bag kepada penduduk kampung antaranya gula-gula kapas, kek pisang, air kotak dll. Insyaallah tahun depan kalau korang nak menyumbang pun boleh juga.




Sementara menunggu azan magrib berkumandang semua penduduk melepak dulu dibawah khemah yang disediakan.




Berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. selepas solat magrib di Surau Aman, Kg Puah Lembah. Walaupun surau kami tidak semegah surau-surau lain tapi alhamdulillah masih ramai penduduk yang hadir berjemaah. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah maulidur rasul dari penceramah yang dijemput khas tak mengantuk ustaz yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut.







Last sekali adalah mencekik beramai-ramai lah apa lagi kan.





2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

bebudak kecik pun ramai yang join la yea....bagus2x....

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

budak2 lagi suka dengan aktiviti kg ni man