Masyuk

Ahad, 25 Disember 2011

Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta



Salam semua,
Kebiasaannya setiap pelancong yang ke Jakarta, Indonesia pasti akan melawat ke Taman Mini Indonesia Indah ini tapi aku yang sering kesana inilah kali pertama aku ke TMII ini. Tapi agak kurang menarik sebab aku pergi kejap sahaja cuma singgah di Rumah Adat Riau dan Rumah Adat Minang sahaja sebab nak cepat pergi ke Bandung. Pagi-pagi kami pergi ke Mangga Dua Mall untuk membeli belah lebih kurang jam 1 tengah hari kami terus bergerak ke TMII ini.  



Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para tetamu.



Rumah adat minangkabau di taman mini cantik sekali lukisan didinding rumah tersebut.



Pemandangan di sekeliling rumah adat minangkabau terdapat Rangkiang iaitu tempat menyimpan padi.



Cik Nieza bergaya dihadapan Rumah Adat Minangkabau.



Antara busana minangkabau yang terdapat di rumah adat tersebut.



Pelaminan minangkabau yang terdapat didlam rumah adat tersebut, Didalam rumah adat tersebut terdapat 4 pelaminan orang minangkabau.



Rumah adat Riau memang kena pergilah sebab asal usul Cik Nieza dari Riaukan.



Pintu masuk ke Rumah Adat Riau seperti rumah limas.



Rumah adat riau ni lebih kurang dengan rumah-rumah yang terdapat di Malaysia juga kebanyakkan orang Riau ini bersuku kan melayu macam mak Cik Nieza yang memang bersukukan melayu. 



 
Jambau ataupun dulang hantaran seperti adat perkahwinan orang melayu tapi mereka menjunjung hantaran yang dibawanya dan pernah aku update Adat Perkahwinan Di Bangkinang, Indonesia suatu waktu dahulu.



Model rumah lontiok yang memang sinonim dengan orang dan budaya masyarakat di Riau.



Antara peralatan rumah, permainan dan kesenian masyarakat Riau kebanyakkan lebih kurang dengan peralatan masyarakat melayu di Malaysia.




Lepas dah penat berjalan kami makan sate padang di tepi rumah adat minangkabau memang sedap sate yang dihidangkan.





Kalau berminat untuk singgah di TMMI ini harga tiket boleh disemak DISINI




0 comments: