Masyuk

Jumaat, 5 April 2013

Pilihanraya VS Dosa



Salam semua,
Sejak dua menjak ni pada pandangan akulah semakin lambat pilihanraya semakin banyaklah dosa yang bakal ditanggung oleh umat manusia terutamanya di Negara Malaysia tercinta ini. Aku bukan apa, sebenarnya aku pun tak suka juga nak berbahas pasal politik dalam blog aku ni tapi bila ditengok balik memang benar apa yang aku cuba sampaikan ni.

Cuba korang bukak akaun facebook korang tiap-tiap hari ada jer sumpah seranah pasal politik kat sana tak kira dari mana-mana parti politik baik dari sayap kiri mahupun dari sayap kanan kadang-kadang tu naik menyampah pulak rasanya melainkan apa yang diupdate tu ada bukti yang sahih itu aku boleh terima. Ada tu pasal video seks bagai yang dipost dekat facebook tu fikirlah sikit facebook tu bukan orang tua je yang guna budak-budak kecik sekarang pun dah pandai menggunakan facebook tu kalau budak-budak tu tengok video tak senonoh tu, aku rasa depa tak hairan pasal politik tu tapi depa akan ghairah menonton video yang tak bermoral tu. Ada tu ada gak pengikut yang terlampau fanatik sampai sanggup bertekak tak kira dengan teman- teman dan saudara mara dialam maya tu, korang rasa elok sangat ke benda-benda macam ni berlaku semata-mata cuma pasal mempertahan fahaman politik masing-masing sahaja. Korang rasa berdosa tak kalau bergaduh-gaduh semata-mata sebab mempertahankan parti politik masing-masing? Sendiri mau jawablah.

Memang betul aku bukan seorang ustaz jauh sekali aku bukan tuhan nak 'menghukum' orang. Tak ada manusia yang sifatnya MAKSUM melainkan sifat Rasullulah s.a.w. akan tetapi kalau boleh dielakkan cuba-cubalah elakkan diri kita menambah dosa kering macam ni.

Macam aku senang je, aku buat hal aku jer sampai masa jari dicalit dengan dakwat kekal, lepas tu aku pergi pangkah apa yang aku nak pangkah dan last sekali balik tunggu keputusan yang diumumkan sahaja. Tak payah nak pening-pening kepala nak bergaduh-gaduh dalam facebook, twitter, instagram dan yang terbaru keek.

P/s - tepuk dada tanya hati... Nanti jawab hati undi adalah rahsia... Ehehheh post ni just fo share from my 2cents only.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Rabu, 3 April 2013

Kebakaran Di Kg Puah, Jln Gombak kuala Lumpur






Salam semua,
Berita sedih buat penduduk Kg Puah Jln Gombak, Kuala Lumpur. Kebetulan hari ini aku kerja malam, Lebih kurang jam 3 petang aku nak pergi makan perut lapar pulak tu aku pergi la cari makanan dekat Taman Dato Senu pastu aku nampak asap hitam dekat area Kg Puah aku pun terus lah pergi kesana sebab aku risau juga sebab kat sana ada rumah Mama Awa dengan rumah Tok Ibu aku. Waktu aku sampai sana tu rasanya baru dalam 2 buah rumah yang terbakar aku sempat membantu penduduk kampung mengambil barang yang boleh diselamatkan. 



 
Sedih jugalah waktu tu sebab api marak dengan cepat sekali sebab kebetulan pada waktu tu cuaca panas dan angin kuat cepat je api marak menjilat rumah-rumah disekitarnya. Didalam surat khabar banyak mengatakan yang kebakaran berlaku di Kampung Puah Lembah padahal kebakaran berlaku di Kg Puah Asal sebab tengok dalam peta yang aku ambil kat google map tu pun agak jauhlah Kg Puah Lembah dengan Kg Puah Asal ni.


Tak terasa yang tangan aku terluka waktu membantu mereka menyelamatkan barang-barang yang boleh diselamatkan. Walaupun kenal macam tu jer tapi aku tetap membantu mereka sebab kita sesama manusia mana tau satu hari nanti nasib kita pulak kan.

Jumaat, 22 Mac 2013

Astro CCC Annual Dinner - Back To School Theme








Salam semua,
Cerita dah lapuk aku baru nak cerita kat blog aku ni. Seperti tahun-tahun sebelum ni tempat kerja aku pasti akan mengadakan annual dinner untuk meraikan kesemua pekerja. Pada tahun ini tempat kerja aku telah mengadakan annual dinner dengan tema Back To School. Seperti tahun lepas dengan tema Fairy Tales yang rasanya lebih meriah disebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergaya sakan terutamanya kaum wanita.
 

Untuk tema kali ini boleh dikatakan tidak banyak pilihan pakaian yang boleh digayakan terutamanya kepada kaum lelaki tapi aku redah jer pakai baju sukan janji mengikut tema walaupun tidak mengeluarkan sesen modal cuma menggunakan pakaian yang sedia ada. ada aku kesah janji aku pergi attend sebab doorgift nya adalah ipod nano nak beli mahal juga benda alah tukan.


 Macam-macam gaya ada cikgu bedah, pengawas sekolah, pelajar harry potter pun ada gak malam tu.


Pakaian seragam pun ada antaranya kadet polis, PBSM, KRS dan macam-macam lagilah yang ada.



Sesi yang ditunggu adalah sesi jamuan kelas decoration pulak agak cantik pastu mengingatkan kita zaman sekolah dulu makan kat kantin ada orang jual cekodok, nasi lemak dan macam-macam lagilah.


Main course biasalah makan nasik macam-macam lauk yang dihidangkan naik kembung aku makan malam tu.


Rasa macam makan kat kantin sekolah pulak sebab dengan meja panjang lepastu bangku panjang cam kat sekolah dulu.



Oren bodoh pun ada gak disediakan pada malam tu memang ramailah ambil oren bodoh ni kan sebab dah lama tak minum air ni wey nasib baik depa tak buat ais kepal, sengkuang colek bagai wey.


Antara anak murid seksi pada malam itu.


Anak murid sekolah agama kena ngorat dengan anak murid gatai.


 

Lepas tu adalah inhouse performance kali ni tak jemput penyanyi untuk menghiburkan para tetamu yang hadir tapi meraka buat konsep malam telendtime.




Macam-macam gaya budak-budak department aku ada yang bergaya macam cikgu bedah, pengawas sekolah, anak murid dari korea, Dora dan macam-macam lagilah aku macam biasalah ambil gambar sambil cuci mata.



Rezeki bertuah dapat grand prize bercuti ke Sydney, Australia 5hari 4malam sapa nak bagi free wey.



Sebelum balik aku sempat gak menyibuk nak ambil gambar selalunya jarang aku nak bergambar bagai ni wey. gambar yang last tu paling best ambil gambar macam zaman sekolah tiap kali nak abis sesi persekolahan tu.

Promosi Pati Deloma Gulshan RM11 Sebotol



Salam semua,
Untuk pengetahuan korang permintaan Pati Delima Gulshan sekarang semakin meningkat dari masa ke semasa. Rasanya diri aku ni sesuai juga makan Pati Delima Gulshan ni sebab melawaskan pembuangan air besar aku setiap hari.

Promosi Pati Delima Gulshan ini dengan harga RM11 sebotol adalah dengan syarat anda membeli sekurang-kurangnya 24botol sekaligus. Memang murahkan rasanya tempat lain belum promosi harga semurah inikan manakala kos penghantaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma untuk negeri-negeri lain akan dikena charge penghantaran. 

Sekiranya anda berminat untuk menjadi dealer ataupun menempah Pati Delima Gulshan  ini anda bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera di gambar diatas.


Anda juga bolehlah melayari laman web berikut:- http://zaabamansor.com/

Khamis, 21 Mac 2013

Lunch Ayam Penyet



Salam semua,
Tengah hari tadi aku makan ayam penyet dah 2 hari ni aku makan ayam penyet ni jer sebab sejak dah tukar kerja ni aku kadang-kadang agak sibuk sikit kena pergi mesyuaratlah kena pergi betulkan apa yang patutkah tp itu semua aku suka.

Ayam penyet ni aku kirim dari kawan aku yang pergi makan dekat foodcourt di dalam banggunan See Hoy Chan. Rasanya memang sedap dengan sayurnya yang segar. Ayam penyet ni sambalnya yang penting kalau sedap sambal terasinya sedaplah ayam penyet tu.

Bagi aku xda masalah nak makan ayam penyet ni memang tekak aku boleh terima dengan ayam penyet ni tapi bagi aku ayam penyet yang sedap aku rasa adalah di restoran dapur penyet di Maju Junction memang layan ayam penyetnya insyaallah ada rezeki aku nak repeat balik ayam penyet kt restoran dapur penyet tu.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Resipi Kuah Rojak







Salam semua,
Janji ditepati bukan janji diketupati okeh. Nah amik ko resipi kuah rojak aku buat ni tapi ini dapat kuantiti bertahun nak abis lah gamaknyer yer.

Bahan-bahannya:-
  •  1 botol besar botol kicap manis
  •  1 botol besar botol kicap masin 
  •  1 botol besar sos cili
  •  1 kg gula pasir
  •  500gram gula merah
  •  20 biji cili padi
  •  1 ketul belacan
 Cara-caranya:-

  • Gula merah & gula pasir dimasak sehingga pekat.
  • Belacan dibakar dan dikisar bersama cili padi sehingga hancur/lumat.
  • Semua bahan disatukan dan masak sehingga kuah sebati dan berkilat rasa kesesuaian kuah rojak tersebut.
  • boleh dicampur dengan kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai (goreng tanpa minyak) tapi kuah jadi cepat tengit kalau terus campur bahan-bahan tersebut tu pasal aku asingkan kacang tumbuk nak buat rojak baru aku campurkan.

p/s - kalau jual sebekas putih macam gambar kat atas tu RM10.00 boleh tak sebab member aku kat opis ni nak beli pulak.