Masyuk

Isnin, 3 Oktober 2011

TEATER KAPSUL 'KL KU'






Salam semua,
Kalau korang nak tau Stefani yang ditunjangi oleh Fauziah Nawi telah menghidangkan teater kapsul "KL KU" dengan membawa maksud Kembang Layarku yang bertempat di setor Dewan Bahasa Dan Pustaka. Korang mesti cakap yang Stefani punya teater agak cikai lah tapi korang yang tak pernah pergi tengok teater dari Stefani ni aku sarankan supaya korang cuba pergi tengok teater dari Stefani ini. Memang tempat yang diadakan tidak segah di Istana Budaya tapi isi yang tersirat di dalam teater yang dilahirkan oleh Stefani pasti tidak mencurigakan sebab apa aku cakap macam tu sebabnya kalau tak silap aku dah 3 kali aku menonton teater dari Stefani iaitu Teater Lorong Blues, Teater Cinta Julia dan Malam 7 Drama 7 Duri di Setor Dewan Bahasa Dan Pustaka Itu.  




Gambar ihsan dari audiiwana




PENERBIT EKSEKUTIF 
HJH FAUZIAH NAWI

KARYA DAN ARAHAN
IRYANDA MULIA RAMLY

MENAMPILKAN
JIHAN MUSE (RAJA LAWAK -3)
KU HARIZ (PILIH KASIH-2)
CHI AZIM
RAJA EMY SHAHRIL
OREO


TARIKH
3-9 OKTOBER 2011

TEMPAT
SETOR DBP,KL

MASA : 
9.00PM

TIKET 
(SUMBANGAN) RM20, RM15 - PEKEJ KUMPULAN 20 ORANG KEATAS

TEMPAHAN/PERTANYAAN
0173167995 (ANNA) / 0122429621 (CHI)

SINOPSIS
Sebelum dan sesudahnya satu perjalanan hidup anak manusia yang menempuh pahit getir kehidupan di sepanjang langkah dan penerokaan jiwa muda yang bergelora. Dipersimpangan… berjalan terus melangkah hingga ke satu noktah disana tempat persinggahan tiada lagi persimpangan tiada lagi mencari. Disana tempat berpaut pertemuan segala arah di mana segala rentak bukan sekadar untuk gerak, dimana segala tari dan senandung murni bergema dari kecapi bidadari. Segalanya kasih kedamaian… abadi... di sana kita berlabuh.


Info dari Facebook

 
p/s - Stefani tak nak kasi tiket percuma ke kali ini... ehheheheh
 

0 comments: