Masyuk

Isnin, 17 Oktober 2011

R&R Di Tempat Kerjaku







Salam semua,
Rasa macam malas nak update blog picisan aku ni sebab kepenatan tapi aku gagahkan juga sebab malas nak tengok draft aku penuh. Hari Jumaat lepas tempat kerja aku ada buat makan-makan dan R&R. Makna R&R adalah Reward & Recognition bukan Rawat & Reha kat lebuhraya tu la. Selalunya setiap 3 bulan sekali memang ada R&R ni kat tempat aku berkerja ni tapi kali ini meriah sikit sebab buat kat tempat spesial sikit kat Roof Top tempat aku kerja ni ler kat mana lagikan. Selalunya buat kat tempat lepak-lepak kat dalam tempat kerja aku ni jer. Semua rajin siapkan kerja awal sebab semangat nak naik kat Roof Top tu sebab semua tak pernah naik kat atas tu nak tengok pemandangan indah dengan makan percuma.



Dah macam kenduri makan bersimpuh memasing padahal ada kerusi yang disediakan, Bos besar pun turut join makan kat atas lantai.





Menarik pemandangan dari atas banggunan ni cantik tapi gambar aku tetap tak ada selalu cam tu kan.




Antara pemandangan indah yang sempat aku ambil tapi yang tak indahnya adalah kesesakkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur ini.




Disebabkan makanan banyak ramai yang "tapau" bawak balik rumah daripada membazir buang tah kemana.



Dalam lif pun sempat nak bergambar bagaikan.






5 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

sempoi deck..... nampak hepi je memasing...tapi kalu dah jadi photog mmg gambar kita takde la kan...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Man - mesti la hepi wey... sian kan photog

♥ Vna ♥ berkata...Best Blogger Tips

wahhh en. rohaizad sampai bersila tue yg x tahan tue hehehehee

dulu selalu buat kat cafe ABC kan?

Geng Borak berkata...Best Blogger Tips

hahaaaa.. kalo tak cukup orang nak tapau, boleh panggil aku.. takpun abang aku.. ekekeeke

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Wina - Tu la pasal boss besar yang humble seh... Dulu kat cafe la now kat ICON kena la kawasan luas


Kid - tapau xyah panggil orang aku pun leh... ehehehhee