Masyuk

Isnin, 21 November 2011

Majlis Cukur Jambul 20112011 - KPL






Salam semua,
Selamat hari Isnin yang indah buat kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendak-Nya. Apa aktiviti korang hujung minggu hari tu? Aku macam biasalah melepak dirumah cuma hari Ahad pagi bersamaan 20112011 aku diminta untuk mengambil gambar Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Ayra Qalilah iaitu cucu kepada pemangku ketua Kampung Puah Lembah sementara ketua kampung pergi menunaikan fardhu haji di Mekah dan insyaallah akan pulang pada 24 November ini, Insyaallah semoga mendapat haji yang mabrur. 

Berbalik kepada cerita Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Ayra Qalilah, aku gerak ke rumahnya pada jam 9.45pagi kerana Majlis Marhaban bermula pada jam 10pagi yang disampaikan oleh Kumpulan Marhaban dari penduduk Kampung Puah Lembah sendiri dan diketuai oleh Pn. Rahamah Binti Tamu. Kumpulan marhaban ini juga memang telah wujud sejak dulu lagi ini menunjukkan bahawa Kampung Puah Lembah masih mengekalkan adat budaya yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita lagi.  Dimulakan dengan Bismillah disudahi alhamdulillah itulah antara bait Dendang Siti Fatimah.




 Bacaan doa keatas Ayra Qalilah oleh Pn. Zaimah saudara kepada ibu Ayra Qalilah yang diam diatas pangkuan ibunya.



Bunga Telur dan alunan bacaan berzanji menyerikan majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut.



Bunga rampai, beras kunyit, tepung tawar dan kelapa muda sebagai pelengkap majlis cukur jambul.




Rambut dipotong oleh ahli marhaban, kaum kerabat dan sahabat handai sebelum dicukur.




Al-Jannah antara yang terkandung didalam kitab berzanji yang sering didendangkan apabila majlis marhaban dan berzanji diadakan.




Mak Long kesayangan dan juga guru mengaji aku turut serta dalam kumpulan marhaban tersebut.





- Semoga Ayra Qalilah menjadi seorang anak yang dapat membanggakan keluarganya satu hari nanti dan terpelihara didunia dan diakhirat kelak.

- Mintak jasa baik korang untuk komen gambar-gambar yang aku ambil sewaktu Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah ini bagi memperbaiki teknik mengambil gambar aku yang sememangnya tak pernah pergi ke kelas photography ini.





0 comments: