Masyuk

Khamis, 3 November 2011

Resipi Lempeng Kelapa







Salam semua,
Memandangkan ramai yang terliur waktu aku buat lempeng kelapa aritu aku nak kongsi resipi lempeng kelapa yang aku buat hari tu memang senang gila nak buat lempeng kelapa ni wey kalau korang tak tau buatnya tak tau lah den nak kobarkan tutup mata pun boleh buat kalau diikutkan.




Bahan-bahannya
1/2 biji kelapa parut **kalau boleh ambil yang putih jer
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air **kalau boleh pakai air suam
Garam secukup rasa



Cara-caranya
- Campurkan semua bahan-bahan diatas dan dikacau rata kalau masin sikit sedap juga tapi terpulang kat korang la ye.
- Panaskan kuali letak minyak sedikit jer supaya jangan melekat.
- Tuang dan ratakan adunan didalam kuali yang panas jangan lupa untuk kecilkan api sedikit jangan sampai rentung lempeng korang tu plak. 



Dah masak kasik cekik dengan gula pasir sedap gak, kalau kat rumah tu ada sambal tumis or kuah kari pun layan gak wey.


0 comments: